PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Sesi Lawat dan Periksa di Kelab Golf Danau UKM

19 Februari 2024

Sesi lawat dan periksa telah diadakan di Kelab Golf Danau UKM pada 19 Februari 2024 lalu.

Sesi ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasana), Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi Pembangunan Hartanah Prof Madya. Ar. Mohd Farid Mohamed, Pegawai Hartanah Sr. Ts. Mohammad Firdaus Ishak, Encik Amirul Shafiq dan turut dihadiri oleh wakil syarikat daripada Hatimuda Sdn Bhd, Tuan Syed Jan.