PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Perbincangan Telah Diadakan oleh Unit Ruang JANA@UKM bersama Exco KMUKM

8 Januari 2024

Satu perbincangan telah diadakan oleh Unit Ruang JANA@UKM bersama Exco KMUKM. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Dr. Mustazar Mansur (Timbalan Pengarah Eksekutif, Pengurusan Fasilit & Digital) JANA@UKM dan dihadiri oleh pegawai Unit Ruang iaitu Puan Athirah Abdul Aziz serta dua wakil exco KMUKM iaitu Cik Nurul Farhanah Syazwani Mohd Zaki dan Encik Sharifudin.

Perbincangan ini diadakan bagi membincangkan dan menerima pandangan mahasiswa berkenaan penambah baikan pelbagai aspek pengoperasian kafeteria di UKM termasuk aspek harga makanan dan kebersihan.

Hal ini kerana, JANA@UKM merupakan PTj yang berperanan untuk menyeimbangkan kebajikan pengusaha dan warga UKM disamping memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga UKM.