PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Majlis Pelancaran Kafetaria Santai D’Tepian bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)

14 September 2023

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman menghadiri Majlis Pelancaran Kafetaria Santai D’Tepian bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Kafetaria FKAB yang mula dinaiktaraf pada 1 Julai 2023 ini telah diubah suai untuk keselesaan pengguna, khasnya warga UKM di FKAB.
 
Pada majlis ini juga turut diadakan Pelancaran Tabung Prihatin Madani hasil kerjasama FKAB dan pihak pengusaha Kafetaria Santai D’Tepian bagi membantu mahasiswa B40 mendapatkan makanan di kafetaria ini.
Naib Canselor juga berkesempatan menyantuni mahasiswa dan kakitangan FKAB dalam program ini. Dua chef celebriti iaitu Chef Liza Zainal dan Chef Zaidah telah diundang khas bagi membuat demo masakan yang dipersembahkan kepada para hadirin hadir.
 
Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan sesi naiktaraf ini, khasnya pengurusan FKAB dan JANA UKM.
 
Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi Platinum Apple Communication (M) Sdn Bhd, En. Muhammad Nazim Rome; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Suzeren Md Jamil; Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan; Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla dan Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) JANA UKM, Dr. Mustazar Mansur.