PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Sesi lawatan tapak dan perbincangan penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian kiosk

11 September 2023

Sesi lawatan tapak dan perbincangan penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian kiosk oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), YBrs. Dr. Mustazar Mansur, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman dan wakil syarikat berjaya dilantik bagi menjalankan dan menguruskan perkhidmatan kiosk di FKAB UKM.

Turut hadir, penyelaras FKAB, Sr. Ts. Dr. Noraini Hamzah; Ketua Pentadbiran FKAB, En. Mohd Najib Adun, Jurutera FKAB, En. Khairul Fadzly Sazali; Pegawai Tadbir Unit Ruang JANA@UKM, Cik Athirah Abdul Aziz; Penolong Pegawai Tadbir Unit Ruang JANA@UKM, Cik Husna Shakira Mohamad Nor, Penolong Jurutera Unit Elektrik JPP, En. Mohd Husriza Yusof dan Pembantu Tadbir Unit Ruang JANA@UKM, Puan Mas Nurul Amirah Abdul Malek.

Lawatan dan perbincangan ini diadakan bagi memastikan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian perkhidmatan kiosk di FKAB berjalan dengan lancar dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh UKM.