PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Tahniah Kepada Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan yang ke-76 Canselor UKM

15 Januari 2024

Tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan yang ke-76 Canselor UKM, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 14 Januari 2024 bersamaan 2 Rejab 1445H.

Penerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) yang membawa gelaran Dato’
1. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.

Penerima Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.)
1. Prof. Ts. Dr. Muhammad Rahimi Yusof, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
2. Prof. Dr. Abdul Halim Abd Gafor, Dekan Fakulti Perubatan
3. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Surgeri), Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK)
4. Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan.

Penerima Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.)
1. Prof. Madya Ts. Dr. Nurhizam Safie Mohd Satar, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
2. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long, Dekan Fakulti Pengajian Islam
3. ⁠Puan Najwa Ahmad Zawawi, Ketua Pentadbiran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
4. Puan Norashikin Ibrahim, Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
5. Cik Najatulmuna Hamdan, Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Pentadbiran & Kemudahan, Jabatan Pendaffar.

Tulus ikhlas daripada
Pusat Pengurusan Penjanaan UKM