PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Sesi lawatan tapak dan perbincangan penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian cafeteria di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.

21 Ogos 2023 (Isnin)

Sesi lawatan tapak dan perbincangan penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian kafeteria oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), YBrs. Dr. Mustazar Mansur dan syarikat berjaya dilantik bagi menjalankan dan menguruskan perkhidmatan kafeteria di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.
Turut hadir, Ketua Unit Elektrik JPP UKM, En. Mohamad Shahril Hussain; Jurutera Unit Awam JPP UKM, En. Aniq Rukaini Mohd Azmi; Pegawai Kewangan Kanan Bahagian Hasil Jabatan Bendahari UKM, Puan Asmahira Abdullah; Pegawai Tadbir FST UKM, Puan Nurhafizah Haris; Penolong Jurutera FST UKM, Puan
Ummi Nanis Rosli dan Penolong Pegawai Tadbir JANA@UKM, Cik Husna Shakira Mohamad Nor.
Lawatan dan perbincangan ini diadakan bagi memastikan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian perkhidmatan kafeteria di FST UKM berjalan dengan lancar dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh UKM.