BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN DOBI BERPUSAT DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB (KIY), UKM BANGI
Merujuk perkara di atas,
IKLAN/HEBAHAN – BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN DOBI BERPUSAT DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB (KIY), UKM BANGI
Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.KIY.400-5/1/1
TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN DOBI BERPUSAT DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB (KIY), UKM BANGI
SYARAT PENDAFTARAN : 222302 – Dobi
TARIKH BUKA BIDAAN: 16 Oktober 2024 (Rabu)
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 23 Oktober 2024 (Rabu) pada 11.00 pagi.
Berkumpul di belakang Kafeteria Mak Teh Catering, Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) UKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 29 Oktober 2024 (Selasa) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 30 Oktober 2024 (Rabu) sebelum 12 :00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik dipautan ini:
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Pn. Mas Nurul Amirah Abdul Malek / Pn. Raja Anum Raja Malik Reznan di alamat e-mel: mnamirah@ukm.edu.my / a num@ukm.edu.my