IKLAN/HEBAHAN – BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN (SILA RUJUK LAMPIRAN) DI KOLEJ PENDETA ZA’BA, UKM BANGI
Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.KPZ.400/7/2/1
TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN (SILA RUJUK LAMPIRAN) DI KOLEJ PENDETA ZA’BA, UKM BANGI
TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN (SILA RUJUK LAMPIRAN) DI KOLEJ PENDETA ZA’BA, UKM BANGI
SYARAT PENDAFTARAN : 040101 – Makanan Dan Bahan Mentah Kering/Basah / 040102 – Makanan dan Minuman (tin,botol dan bungkus) / 040103 – Makanan Bermasak (Islam)
TARIKH BUKA BIDAAN: 13 Disember 2024 (Jumaat)
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 19 Disember 2024 (Khamis) pada 09.00 pagi. Berkumpul di Ruang Legar Kafeteria Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) UKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 03 Januari 2025 (Jumaat) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 06 Januari 2025 (Isnin) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh klik di pautan ini :
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Pn. Mas Nurul Amirah Abdul Malek / Pn. Ruhil Haryati Abdul Karim di alamat e-mel: mnamirah@ukm.edu.my / r uhilak@ukm.edu.my