PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Bengkel Penyelarasan Bersama Penyediaan Data bagi Pencapaian Prestasi Penjanaan 2023 dan Penetapan Sasaran Penjanaan 2024

26 Januari 2024

Bengkel penyelarasan Bersama Penyediaan Data bagi Pencapaian Prestasi Penjanaan 2023 dan Penetapan Sasaran Penjanaan 2024 telah diadakan pada 26 Januari 2024 bertempat di Bangi Resort Hotel.

Bengkel tersebut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) bagi membincangkan data pencapaian prestasi penjanaan tahun 2023 dan penetapan glosari dan sasaran penjanaan tahun 2024.

Turut hadir bersama Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed (Timbalan Pengarah Eksekutif Pembangunan strategi Hartanah), Dr. Mustazar Mansur (Timbalan Pengarah Eksekutif Pengurusan Fasiliti dan Digital), Prof. Madya Dr. Fariza Khalid (Timbalan Pengarah UKMSHAPE), Pn. Suraya Hamid, En Zul Azri Hassan dan Pegawai-Pegawai penyedia data daripada Jabatan Bendahari, UKMSHAPE, UKM-GSB, HPKK, Pakar Runding, UKM Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Pengurusan Akademik (PPA).