PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Perkhidmatan dan Pengoperasian Alat Mobiliti Persendirian di UKM kepada syarikat Beam Mobility Sdn. Bhd. (BEAM)

18 April 2024

Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana)/Pengarah Eksekutif JANA@UKM, YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Perkhidmatan dan Pengoperasian Alat Mobiliti Persendirian di UKM kepada syarikat Beam Mobility Sdn. Bhd. (BEAM).

Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) berharap pihak syarikat dapat melaksanakan perkhidmatan dengan lancar dan menekankan keselamatan serta kemudahan kepada warga UKM secara khasnya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM, Penolong Pendaftar Kanan HEP-UKM, Encik Abdul Qaiyum Borhan, Penolong Pendaftar JANA@UKM, Puan Nasywa Sahrozi, Timbalan Bendahari 1 KMUKM, Encik Muhammad Imran Amir Nushi dan wakil daripada BEAM.

Jangkaan pengoperasian bagi perkhidmatan skuter elektrik ini adalah pada 22 April 2024.