PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Majlis Perasmian Kafeteria FST Diners di Fakulti Sains & Teknologi (FST) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dirasmikan oleh Dekan FST UKM

22 Disember 2023

Berlangsungnya Majlis Perasmian Kafeteria FST Diners di Fakulti Sains & Teknologi (FST) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dirasmikan oleh Dekan FST UKM, YBhg. Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad.
 
Sebagai simbolik pembukaan Kafeteria FST Diners, sesi penyerahan replika kunci telah diserahkan kepada Pengurus syarikat yang berjaya, En. Mohd Yasser Abdullah dan disaksikan oleh Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) UKM, YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad; Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM, YBrs. Dr. Mustazar Mansur.
 
Turut hadir, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin Timbalan Dekan FST, Ketua Pentadbiran FST UKM, En. Muhamad Walid Osman, Pegawai- Pegawai JANA@UKM dan FST UKM.
 
Pembukaan Kafeteria Diners FST ini melambangkan satu lagi kejayaan UKM dalam meningkatkan inisiatif penjanaan yang berterusan yang diuruskan oleh JANA@UKM, FST UKM, Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP UKM), Jabatan Bendahari dan Pusat Kesihatan UKM.