PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Mesyuarat Bagi Membincangkan Berkenaan Kontrak Perjanjian dan Kiosk Beroda Telah Diadakan oleh Unit Ruang JANA@UKM Bersama Wakil Syarikat He & She Coffee Sdn. Bhd dan Wakil Daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) UKM

5 Februari 2024

Satu mesyuarat bagi membincangkan berkenaan Kontrak Perjanjian dan Kiosk Beroda telah diadakan oleh Unit Ruang JANA@UKM bersama wakil syarikat He & She Coffee Sdn. Bhd dan juga wakil daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) UKM.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Mustazar Mansur (Timbalan Pengarah Eksekutif, Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM, dan turut dihadiri Pegawai Unit Ruang iaitu Puan Athirah Abdul Aziz dan Encik Muhammad Azfar Aznin serta Pegawai PPUU iaitu Encik Muhammad Hanafi Haron.