BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI PUSAT LATIHAN & KEMUDAHAN PPP UKM BERANANG SELANGOR
Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN:
UKM.PPP.200-4/4/1
TAJUK BIDAAN:
BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI PUSAT LATIHAN & KEMUDAHAN PPP UKM BERANANG SELANGOR
SYARAT PENDAFTARAN :
Kod Bidang: 040101 – Makanan dan Bahan Mentah Kering/Basah / 040102 – Makanan dan Minuman (tin,botol dan bungkus) / 040103 – Makanan Bermasak (Islam)
TARIKH BUKA BIDAAN:
5 Jun 2024 (Rabu)
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK:
12 Jun 2024 (Rabu) pada 10.30 pagi.
Berkumpul di Kafeteria Pusat Latihan & Kemudahan PPP UKM Beranang, Selangor (Koordinat: 2.887862, 101.873151).
Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL.
Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan.
Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN :
19 Jun 2024 (Rabu) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN:
20 Jun 2024 (Khamis) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah:
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Pn. Mas Nurul Amirah Abdul Malek / Pn. Umihana Kongit di alamat e-mel:
mnamirah@ukm.edu.my / shahana@ukm.edu.my
Sekian, terima kasih.