BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA DI ARAS 1, BLOK AKADEMIK FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA UKM BANGI

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:

NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.FKB.200-4/3/1

TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA DI ARAS 1, BLOK AKADEMIK FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, UKM BANGI

SYARAT PENDAFTARAN : rujuk senarai Kod Bidang di LAMPIRAN 1

TARIKH BUKA BIDAAN: 30 Julai 2024 (Selasa)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 06 Ogos 2024 (Selasa) pada 11.00 pagi. Berkumpul di tepi Foyer Blok Akademik, FKAB, UKM Bangi.

Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL.

Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak.

Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan.

Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.

TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 12 Ogos 2024 (Isnin) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 13 Ogos 2024 (Selasa) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah:

BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA DI ARAS 1, BLOK AKADEMIK FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, UKM BANGI

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Pn. Mas Nurul Amirah Abdul Malek / En. Khairul Fadzly Sazali di alamat e-mel:

mnamirah@ukm.edu.my / khairulf@ukm.edu.my

 

Sekian, terima kasih.