BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA DI PUSAT PERMATA@PINTAR NEGARA, UKM BANGI

IKLAN/HEBAHAN – BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA DI PUSAT PERMATA@PINTAR NEGARA, UKM BANGI

Merujuk perkara diatas,

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:

BIDAAN PENJANAAN: UKM.PPN.400-2/5


TAJUK BIDAAN:
 BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA DI PUSAT PERMATA@PINTAR NEGARA, UKM BANGI

SYARAT PENDAFTARAN : rujuk senarai Kod Bidang di LAMPIRAN 1

TARIKH BUKA  BIDAAN: 05 September 2024 (Khamis)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 13 September 2024 (Jumaat) pada 10.00 pagi. 

Berkumpul di hadapan Kafeteria Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.

TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 20 September 2024 (Jumaat) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

TARIKH DAN MASA TUTUP  BIDAAN: 23 September 2024 (Isnin) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik pautan ini:

BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA DI PUSAT PERMATA@PINTAR NEGARA, UKM BANGI

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Pn. Mas Nurul Amirah Abdul Malek /  Puan Masidah Bte Buang  di alamat e-mel: mnamirah@ukm.edu.my / masidah@ukm.edu.my