PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Pelancaran Kafe RICHIAMO Coffee, cawangan ke-126 yang bertempat di Bangunan Akedemia Siber Teknopolis (AST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

9 Disember 2022

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman hari ini melancarkan Kafe RICHIAMO Coffee, cawangan ke-126 yang bertempat di Bangunan Akedemia Siber Teknopolis (AST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pembukaan RICHIAMO Coffee ini amat bertepatan dengan kemudahan prasarana yang baharu bangunan (AST) serta suasana kafe ini sendiri yang berkonsepkan ‘industrial’. Seluruh warga UKM dan Bandar Baru Bangi dijemput untuk berkunjung dan memanfaatkan kemudahan kafeteria ini. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan RICHIAMO Coffee, Muhamad Zamry Abu Samah; Ketua Pegawai Operasi RICHIAMO Coffee, Cik Nabilah Muhamad Zamry; Pendaftar, Dato Dr Syed Kamaruddin; Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr Norhamidi Muhamad, Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Dr. Roslee Rajikan. Majlis turut dimeriahkan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Pengarah Institut IR 4.0, Prof. Madya Dr. Rabiah Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah) JANA@UKM Prof. Madya. Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed, Ketua Pentadbiran JANA@UKM Puan Nurul Safaniza Che Ani dan Pegawai-Pegawai Bahagian Fasiliti & Digital JANA@UKM Cik Athirah Abdul Aziz, En. Muhammad Shazwan Mohd Shahadan, Puan Fatin Sarah Syed Zulkefli, Puan Wan Nor Azila Wan Mustafa@Wan Yahya, Cik Husna Shakira Mohamad Nor, Cik Ayu Shahira Yusof, Puan Mas Nurul Amirah Abdul Malek dan En. Muhammad Amin Abd Rahman.