PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Pengenalan

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) adalah pusat yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksana aktiviti penjanaan pendapatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

JANA@UKM ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dengan nama Khazanah-UKM dan diketuai oleh Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) yang juga merupakan Pengarah Eksekutif. Mula beroperasi dengan menggunakan sumber manusia sedia ada di Bahagian Pengurusan Harta dan Jaminan Kualiti, Jabatan Bendahari.

Bagi menyokong usaha penjanaan UKM selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dimana Universiti Awam perlu menjana pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam. Sasaran umum penjanaan yang ditetapkan adalah 30 peratus (%) daripada keseluruhan kos operasi menjelang 2020.

Penambahbaikan bisnes teras (Core Business) JANA@UKM disokong dengan empat (4) bahagian iaitu:

1) Bahagian Pembangunan Pendapatan

2) Bahagian Pengurusan Fasiliti & Digital

3) Bahagian Strategi Pembangunan Hartanah

4) Bahagian Pentadbiran

MISI DAN VISI

MISI

Sumber pendapatan dan kekayaan berterusan untuk UKM

“Inexhaustible fountain of wealth and income for UKM”

VISI

Merancang dan menggerakkan penjanaan dengan menggunakan sumber universiti dengan optimum

SKOP PENJANAAN PENDAPATAN

Secara umum skop penjanaan di UKM merangkumi semua aktiviti bersesuaian yang dapat menjana pendapatan termasuk penjimatan, aktiviti penyelidikan, perundingan, pengurusan prasarana, penawaran Program Akademik, dan penganjuran program yang bersifat latihan dan sebagainya.