PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Perasmian, Aras 1 Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia

15 November 2023

Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak hadir merasmikan Aras 1 Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia, hari ini.

Majlis yang turut dihadiri oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman diadakan secara sederhana namum meriah dengan kehadiran warga UKM.

Aras 1 Bangunan Pusanika kini menempatkan premis-premis perniagaan seperti ZUS Coffee, Tealive, 99 Speedmart, eMart 24, Sen Teppanyaki, Nelson’s, 1901, Nasi Lemak De’ Warong, Roti-Roti, Kaiice, Kims Donuts, Kungfu Sushi, Cafe Mesra dan UKM E-Sports Arena

E-Sports Arena yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat ini diharap menjadi salah satu daya penarik yang akan memeriahkan semula Bangunan Pusanika. Diharapkan juga pembukaan E-Sports Arena ini juga dapat melahirkan ramai atlet E Sukan bagi mewakili UKM dalam pertandingan kompetitif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada majlis ini juga turut diadakan penyerahan CEK CURA sumbangan syarikat kepada UKM iaitu Cek Cura sumbangan 20 buah Gaming Chair kepada HEP-UKM bernilai RM13,000, Cek Cura sumbangan 1,000 Baucar ZUS Coffee bernilai RM10,000 kepada UKM, dan Cek Cura Kos Keseluruhan Projek Aras 1 Pusanika RM 5 juta kepada UKM.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil; Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla; Ketua Pustakawan, Cik Rohaya Omar; Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad; Pengasas Syarikat Kleen Brothers (M) Sdn. Bhd., Dr. Danial Chong; Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan pengurusan UKM.

#UniversitiWatanKita #UKM #UKMSharing