PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Perbincangan Diadakan Oleh Unit Ruang JANA@UKM Bersama Wakil Syarikat He & She Coffee Sdn. Bhd.

11 Januari 2024

Satu perbincangan telah diadakan oleh Unit Ruang JANA@UKM bersama wakil syarikat He & She Coffee Sdn. Bhd.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh Dr. Mustazar Mansur (Timbalan Pengarah Eksekutif, Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM, pegawai Unit Ruang iaitu Puan Athirah Abdul Aziz, Encik Mohd Shazwan Mohd Shahadan dan Encik Muhammad Azfar Aznin.

Perbincangan yang diadakan adalah berkenaan proses kerja-kerja penyelenggaraan seperti membaik pulih ruang perkhidmatan Kafe He & She.

Perbincangan penambahbaikan beberapa aspek pengoperasian juga menjadi keutamaan seperti kualiti makanan dan minuman serta strategi untuk meningkatkan jumlah pelanggan sama ada daripada warga mahupun bukan warga UKM.