PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Sesi lawatan tapak dan perbincangan penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian kafeteria

4 September 2023 (Isnin)

Sesi lawatan tapak dan perbincangan penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian kafeteria oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), YBrs. Dr. Mustazar Mansur, Pengetua Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan wakil syarikat berjaya dilantik bagi menjalankan dan menguruskan perkhidmatan kafeteria di KTHO UKM.

Lawatan dan perbincangan ini diadakan bagi memastikan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian perkhidmatan kafeteria di KTHO UKM berjalan dengan lancar dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh UKM.