PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Sesi Mesyuarat Penyelarasan Bidaan Penjanaan bagi Menjalankan Perkhidmatan Mempromosi, Mengambil, Mencetak dan Mengedar Gambar Graduan (Studio) di Majlis Konvokesyen Ke-51 UKM pada Tahun 2023

26 Oktober 2023

Sesi Mesyuarat Penyelarasan Bidaan Penjanaan bagi Menjalankan Perkhidmatan Mempromosi, Mengambil, Mencetak dan Mengedar Gambar Graduan (Studio) di Majlis Konvokesyen Ke-51 UKM pada Tahun 2023 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Bangunan Tun Fatimah Hashim UKM dan padang rumput bersebelahan Panggung Seni, DECTAR, UKM. Mesyuarat dipengerusi oleh Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital), JANA@UKM. Turut hadir adalah wakil syarikat pembida berjaya, syarikat ADH Biduanda Resources yang diketuai oleh Dato’ Kamarul Halim Dato’ Hj. Muhamad Sharip, wakil dari Jabatan Pembangunan Prasarana UKM, Bahagian Keselamatan UKM, Pusat Pengurusan Akademik UKM dan Unit Ruang, JANA@UKM.