PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Sesi Penyerahan Pengoperasian Dewan Kuliah 43.101, 43.102 dan 43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh (KTAMS).

20 September 2023

Sesi Penyerahan Pengoperasian Dewan Kuliah 43.101, 43.102 dan 43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh (KTAMS).

Sesi penyelarasan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana)/Pengarah Eksekutif, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM). Mesyuarat ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Irman Abdul Rahman, Pengarah, Pusat Pengurusan Akademik UKM, YBhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Timbalan Pengarah (Kompetensi Siswazah & Promosi), Pusat Pengurusan Akademik UKM dan YBrs. Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital), Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM).

Pengurusan pengoperasian Dewan Kuliah 43.101, 43.102 dan 43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh (KTAMS) telah diserah sepenuhnya kepada Pusat Pengurusan Akademik UKM mulai 21 September 2023.