PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Sesi perbincangan Pembukaan & Majlis Perasmian Kafeteria Santai D' Tepian di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) UKM

4 September 2023 (Isnin)

Sesi perbincangan Pembukaan & Majlis Perasmian Kafeteria Santai D’ Tepian di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) UKM oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), YBrs. Dr. Mustazar Mansur; Penyelaras FKAB UKM, Sr. Ts. Dr. Noraini Hamizah; Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan syarikat berjaya dilantik bagi menjalankan dan menguruskan perkhidmatan kafeteria Santai D’ Tepian FKAB UKM.

Turut hadir, Ketua Pentadbiran FKAB, En. Mohd Najib Adun; Jurutera FKAB, En. Khairul Fadzly Sazali; Jurutera Awam JPP, En. Aniq Rukaini Mohd Azmi; Pegawai Tadbir Unit Ruang JANA@UKM, Cik Athirah Abdul Aziz; Penolong Pegawai Tadbir Unit Ruang JANA@UKM, Cik Husna Shakira Mohamad Nor; Penolong Jurutera Unit Awam JPP, En. Mohd Nur Saifullah Mohd Siberi dan Puan Noraini Mohd Hassan serta Pembantu Tadbir Unit Ruang JANA@UKM, Puan Mas Nurul Amirah Abdul Malek.

Perbincangan ini diadakan bagi memastikan persediaan pembukaan dan majlis perasmian kafeteria Santai D’ Tepian FKAB ini berjalan dengan lancar.