PENYATA ETIKA
Ini adalah kenyataan etika bagi Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu yang diterbitkan UKM Press. Kenyataan ini adalah diadaptasi daripada prinsip-prinsip yang diambil dari Committee on Publication Ethics (COPE) dan meliputi kod etika bagi Ketua Editor, Ahli-ahli Sidang Editor, penilai-penilai dan penulis.
TUGAS PENULIS
- Mempunyai tanggungjawab untuk memastikan hanya karya asli atau baharu sahaja yang dihantar.
- Tidak boleh menghasilkan karya yang pernah diterbitkan di jurnal-jurnal yang lain.
- Tidak boleh menghantar mana-mana makalah yang sedang dinilai untuk penerbitan di jurnal ini kepada jurnal-jurnal lain pada masa yang sama.
- Hanya dibenarkan untuk menerbitkan hasil karya mereka di tempat lain sekiranya mendapat penolakan secara resmi dari Jurnal ini atau alasan mereka menarik balik makalah yang dihantar diterima secara resmi oleh Jurnal ini.
- Mestilah memberitahu Ketua Editor Jurnal atau Penerbit mengenai sebarang maklumat yang salah atau tidak tepat supaya pembetulan atau penarikan makalah tersebut dapat dilakukan.
- Memastikan karyanya itu menyumbang kepada ilmu dan adalah bertanggung jawab terhadap kesemua kelemahan dalam karya mereka tersebut.
TUGAS PENILAI-PENILAI
- Mestilah menyampaikan sebarang percanggahan yang mengakibatkan bias sebelum menerima tanggungjawab untuk menilai sesebuah makalah.
- Boleh menolak mana-mana makalah kerana percanggahan kepentingan peribadi (conflict of interest) atau kerana bukan bidang ilmu berkaitan.
- Mestilah menilai semua makalah secara objektif, adil dan professional.
- Hendaklah melaporkan sebarang salah laku etika yang ditemui semasa menilai kepada Ketua Editor untuk tindakan selanjutnya.
- Hendaklah memastikan keaslian karya yang dinilai dan bersiap-siaga terhadap sebarang aktiviti plagiat dan makalah yang pernah diterbitkan.
- Tidak berbincang mengenai kandungan makalah tanpa kebenaran.
- Taat kepada masa yang diberikan untuk menilai makalah yang diberikan. Permohonan penambahan masa hendaklah diajukan kepada Ketua Editor dan beliau berhak menerima atau menolak permohonan tersebut.
TUGAS AHLI SIDANG EDITORIAL
- Menyumbang secara aktif dalam perkembangan dan kebaikan Jurnal yang dianggotai.
- Berlagak sebagai perwakilan bagi Jurnal dalam menyebarkan dan mengiklankan jurnal kepada pihak yang bertanggungjawab.
- Sentiasa menyokong dan menguatkan Jurnal.
- Menilai setiap makalah yang diberikan.
TUGAS KETUA EDITOR
- Menilai makalah yang dihantar secara adil dan berdasarkan kepada merit intelektual.
- Memastikan kerahsiaan makalah-makalah dan tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai makalah-makalah tersebut kepada sesiapa selain daripada mereka yang terlibat dalam proses penerbitan.
- Mempunyai tanggungjawab dalam menentukan bila dan apakah makalah yang bakal diterbitkan.
- Berusaha secara aktif dalam mendapatkan maklumbalas dan pandangan ahli siding editorial, penilai-penilai dan penulis-penulis tentang bagaimana untuk menambahkan imej dan keternampakan jurnal.
- Memberikan arahan jelas kepada bakal penulis mengenai proses penerimaan untuk penerbitan dan apakah yang diharapkan daripada penulis-penulis makalah.
- Memastikan penilaian berkesan melalui pemilihan penilai yang bertepatan untuk proses penilaian makalah.
PLAGIARISME
- Penulis adalah diminta untuk menyumbang hanya karya asli yang tidak ada unsur plagiat, dan yang belum pernah diterbitkan atau dipertimbangkan untuk penerbitan dimana-mana. Perisian-perisian tertentu mungkin akan digunakan oleh pihak siding editorial dalam menentukan kesamaan makalah-makalah yang dihantar dengan apa yang telah pun diterbitkan. Karya atau perkataanperkataan yang diambil dari karya lain mestilah dicitasi dan dicatat dengan baik menurut kaedah akademik resmi.
PELAPORAN
- Penulis-penulis perlu menyatakan hasil mereka dengan jelas, jujur dan tanpa sebarang unsur penipuan atau fabrikasi atau manipulasi data. Metod-metod yang digunakan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terang supaya hasil dapat diulang dan dikonfirmasi oleh penyelidik-penyelidik lain.
PERCANGGAHAN KEPENTINGAN PERIBADI (CONFLICTS OF INTEREST)
- Sebuah kenyataan mengenai sebarang percanggahan keuntungan peribadi hendaklah Disertakan Bersama dengan makalah sekiranya penulis tersebut mendapat sebarang sokongan yang boleh ditafsirkan sebagai mempengaruhi keputusan dalam makalah tersebut. Kesemua sumber kewangan projek penyelidikan tersebut perlulah dinyatakan dengan jelas dalam makalah.
PENULISAN DAN KOLOBORASI
- Nama bagi setiap penulis yang terdapat dalam makalah hendaklah hanya bagi mereka yang telah membuat sumbangan terhadap penulisan makalah tersebut. Hanya mereka yang telah menyumbang dengan benar layak ditulis sebagai co-author. Mereka yang lain yang terlibat secara substantif hendaklah disenaraikan sebagai penyumbang kepada makalah. Adalah tanggungjawab dan tugas corresponding author untuk menentukan kesemua co-author yang benar disenaraikan dan memastikan nama mereka yang tidak menyumbang tidak disenaraikan sebagai co-author dalam makalah. Semua co-author mestilah mengiktiraf versi akhir makalah dan bersetuju dengan versi makalah sebelum dihantar ke jurnal.
BERBILANG ATAU BERLEBIHAN (MULTIPLE OR REDUNDANT)
- Penulis-penulis TIDAK DIBENARKAN menerbitkan makalah-makalah yang menjelaskan projek atau hasil projek yang sama dalam lebih dari satu jurnal atau penerbitan utama. Sesebuah makalah TIDAK BOLEH diterbitkan di jurnal yang pelbagai kerana ini adalah sifat yang tidak beretika dan adalah ditolak.
ISSN: 2289-1706
eISSN: 2289-4268
– “Penyata Etika ini telah diterjemahkan oleh Dr. Mohamad Nasrin”