Polisi Pewasitan
Semua manuskrip yang diterima akan diwasitkan sidang editor dan sekurang-kurangnya seorang penilai bebas. Keputusan untuk menerbitkannya bergantung kepada penilaian yang kami terima daripada mereka.
Pengarang akan menerima pruf pertama daripada sidang editor. Pruf itu hendaklah dikembalikan dalam tempoh dua minggu. Sekiranya tidak, salinan pruf itu akan disemak oleh editor berpandukan manuskrip akhir yang dihantar pengarang. Pruf kedua dan ketiga akan disemak sidang editor untuk memastikan adanya pembetulan yang diperlukan pengarang.