Journal of Contemporary Islamic Law

No eISSN: 0127-788X

2017 2(2)

30 DECEMBER 2017

Mas Kahwin di Pahang: Satu Penilaian Semasa
Dower in Pahang: A Current Appraisal

Muhammad Najib Bin Abdul Wakil, ajib.111.mn@gmail.com
Postgraduate Student, Department of Sharia Law, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Che Maryam Binti Ahmad, cyam@ukm.edu.my
Department of Sharia Law, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Received: 13 November 2017 | Accepted: 22 November 2017 | Published: 30 December 2017

2017, Vol. 2(2), pp. 61-73.  |  PDF

Menurut Islam, mas kahwin adalah pemberian wajib dari sesuatu yang bernilai dan menjadi milik mutlak pasangan wanita yang berkahwin. Berdasarkan struktur pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia, penetapan kadar mas kahwin adalah ditentukan oleh pihak berautoriti agama Islam bagi setiap negeri. Kajian mendapati negeri Pahang merupakan antara negeri yang menetapkan sandaran nilai mas kahwin terendah kepada pasangan yang ingin berkahwin iaitu sebanyak RM22.50. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah dan perkembangan kadar mas kahwin di Pahang yang dibahagikan kepada era sebelum penjajahan, semasa penjajahan dan selepas penjajahan bagi negeri tersebut. Hasilnya, kajian mendapati sandaran nilai mas kahwin kepada RM22.50 bagi negeri Pahang telah bermula sejak hampir satu abad yang lalu dan tidak pernah berubah sehingga hari ini. Ironinya, kebanyakan negeri di Malaysia sudah mengambil pendekatan untuk mengkaji semula kadar mas kahwin mengikut perkembangan semasa. Kajian juga mengesan terdapat beberapa peralihan zaman sandaran mata wang dunia sejak kadar mas kahwin itu diperkenalkan sehingga hari ini. Kesannya, dapat dilihat kadar RM22.50 yang disandarkan kepada nilai emas dan perak ketika ia ditetapkan suatu ketika dahulu adalah lebih bermanfaat dan bernilai kepada manusia berbanding kadar yang sama melalui sistem mata wang apungan yang dipraktikkan pada hari ini. Kadar mas kahwin sebanyak RM22.50 pada hari ini dilihat terlalu rendah dan tidak mencapai tujuan pensyariatan atau maslahah mas kahwin di dalam Islam. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dan mengaplikasikan reka bentuk analisis kandungan, kajian pensejarahan, kajian arkib dan kajian kes. Kaedah pengumpulan data kajian ini pula adalah berbentuk analisis dokumen. Kajian ini dilihat penting bagi menilai keperluan untuk menyemak semula kadar mas kahwin sebanyak RM22.50 bagi negeri Pahang sehingga hari ini. Kajian ini mencadangkan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM22.50 yang ditetapkan di negeri Pahang dinilai dengan kadar 10 dirham pada nilai semasa iaitu dalam lingkungan RM75.00 tanpa penetapan nilai maksimum.

Kata kunci: Mas Kahwin, Mahar, Undang-undang keluarga Islam, Hak wanita dalam Islam, Perkahwinan dalam Islam

 

In Islam, there are many evidences that urge groom to place something valuable as a dower as it will be possessed absolutely by the bride. Giving mahr or dower is obligatory on the groom in favor of the bride for the purpose of marriage. In Malaysia, the amount of mahr are decided by respective state of Islamic authorities accordingly as the power provided under Federal Constitution of Malaysia. This study found that Pahang is among the states with the lowest underlying rates of mahr or dower fixed upon marrying couples at RM22.50. Hence, objective of this study is to examine the history and transformation of mahr’s rate in Pahang of RM22.50 started from pre-colonial, colonial and post-colonial era of Pahang. Consequently, this study found that the mahr’s rate of RM 22.50 in Pahang was introduced and has not changed since almost a century ago. Ironically, many states have adopted approaches to reviewand change the underlying value of the mahr in accordance to the current needs. In fact, there have been some transitional periods of world currencies since that particular rate of mahr was introduced until today. Thus, this study found that the mahr’s rate of RM22.50 which was based on the value of gold and silver previously was more beneficial for the people at that particular time as compared to the same rate used under today’s floating fiat currency. Mahr’s value of RM22.50 in today’s world is too small and and irrelevant as what Islam ruled and aimed from the regulation of mahr. This study employs a qualitative method by using content analysis, historical, archive and case study. The present study used document analysis as a method to gain information. The study is important in order to assess the need to maintain or change the underlying value of RM22.50 which is still used in determining the mahr in the state of Pahang until today. The study also suggests that the existing rate of mahr to be revalued in congruity with the current value of 10 dirham which is around RM75.00 as minimum rate without any highest limitation.

Keywords: Dower. Mahr, Islamic family law, Women right in Islam, Marriage in Islam

Abdul Ghani Onn. 2004. Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Perlis: Mas Kahwin. Jurnal Warisan Indera Kayangan 16: 3.

Abdul Kadir Haji Muhammad. 1996. Sejarah Penulisan Hukum Islam di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan Sham. 1993. Hukum Kanun Melaka: Karya Agung Warisan Melaka. Kertas kerja Konvensyen Melaka dalam Warisan Dunia, Anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka di Air Keroh D’Village Melaka. 14-17 April.

Ahmad Ibrahim. 1965. Islamic Law in Malaysia. Singapura: Malaysian Sociological Research Institute.

al-Azhari, Abu Mansur Muhammad bin Ahmad. 2001. Mu’jam Tahzīb al-Lughah. Jil. 4. Beirut: Dar al-Maᶜrifah.

Babu Ram Verma. 1968. Mohammedan Law in India and Pakistan. India: Law Publishers.

BERNAMA. 2013. 18 Julai. Mas kahwin Pahang naik daripada RM22.50 kepada RM150. Utusan Malaysia. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130708/dn_62/ Mas-kahwin-Pahang-naik-daripada-RM2250-kepada-RM150.

Dewan Undangan Negeri Pahang. 2005. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang En 3/05.

Freeland, Richard. t.th. The Islamic institution of mahr and American Law. Georgetown Journal of International Law 4.

Haron Din. 1993. Fasakh al-Nikah wa al-Mutaᶜalliqah bi al-Dirasah al-Muqaranah bayna al-Madhahib al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Hasbi Haji Muh. Ali. 2013. Mahar sebagai satu bentuk jaminan sosio-ekonomi wanita: kajian di Tawau Sabah. Disertasi Sarjana, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysia.

Hassanuddeen A. Aziz. 2009. Dinar sebagai mata wang mengatasi krisis ekonomi global 2008. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi, hlm. 109-130.

Hussin Salamon & Zanirah Mustafa. 2009. Perbandingan ekonomi kapitalisme dan sosialisme. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi, hlm. 133-147.

Ibn al-ᶜArabi, Abu Bakr Muhammad. 2006. Ahkam al-Qur’an al-Sughra. al-Miziydi, Ahmad Farid. Beirut: Dar al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

Ibn ᶜAshur, Muhammad Tahir. 2004. Maqasid al-Shariᶜah al-Islamiyyah. Qatar: Wizarah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiyyah.

Ibn Kathir, Isma’il ibn ᶜUmar. 2008. Tafsir Ibn Kathir. Terj. M. Abd Ghoffar & Abu Ihsan al-Atsari. Bogor: Pustaka Imam Al-Syafie.

Ibn Taymiyyah, Taqiyuddin Ahmad bin Abd Halim. 2005. Majmuᶜ al-Fatawa. Jil. 32. Mesir: Dar al-Wafa’.

Jabatan Agama Islam Pahang. t.th. Soalan Lazim. http://jaip.pahang.gov.my/index.php/ penerbitan/soalan-lazim#.

al-Jaziri, Abd al-Rahman. 2001. al-Fiqh ᶜala al-Madhahib al-Arbaᶜah. Jil. 4. Beirut: Dar Ibn Hazm.

al-Kasani, ᶜAlawddin Abu Bakr bin Masᶜud bin Ahmad. 1986. Badaiᶜ al-Sanaiᶜ fi Tartib al-Sharaiᶜ. Jil. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

al-Marghinani, ᶜAli ibn Abi Bakr. 2010. al-Hidayah fi Sharh Bidayah al-Mubtadi. Jil. 4. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-ᶜArabi.

Mohd Shahzihan bin Ahmad. 2009. Cadangan bagi kenaikan mas kahwin negeri Selangor. Kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Shah Alam, Selangor.

Mohd Taib Osman. 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal Publication.

Roland Knyvet Wilson. 1928. Muhammadan Law: A Digest. Lahore: Katchery Road.

al-Sabiq, Sayyid. 2000. Fiqh al-Sunnah. Jil. 2. Mesir: Dar al-Fath li al-Iᶜlam al-Aᶜrab.

Salmy Edawati Yaacob. 2009. Realiti semasa penggunaan dinar emas di Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi. hlm. 347-360.

Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad & Wan Najihah. 2009. Kestabilan mata wang dalam menangani krisis ekonomi: ke arah penggunaan dinar emas. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi, hlm. 373-388.

Sanep Ahmad. 2009. Dinar emas: pilihan penuh dilemma. Prosiding Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi. hlm. 53-66.

Sazilarahimi binti Sepawi. 2017. Amalan penentuan kadar mas kahwin di negeri Pahang. Temubual, 2 Mac.

Shamim Aleem. 2007. Prophet Muhammad(s) and His Family: A Sociological Perspective. Bloomington: IN AuthorHouse.

al-Shaᶜrawi, Muhammad Mutawalli. 2000. Ahkam al-Usrah li Bayt al-Muslim. Kaherah: Maktabah al-Turath al-Islami.

al-Sibaᶜi, Mustafa bin Husni. 1999. al-Mar’ah Bayna al Fiqh wa al-Qanun. Beirut: Dar al- Warq li al-Nashr wa al-Tawziᶜ.

Siti Nor Ahiasah binti Shafak Ahmad. 2012. Amalan penetapan kadar mahar dalam kalangan masyarakat Islam di Daerah Klang, Selangor: analisis dari perspektif perundangan Islam. Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya.

Sukayri, Ismaᶜil ᶜAli Taha. 2006. Ahkam  al-Nikah. Iraq: Markaz al-Buhuth wa al-Dirasat al-Islamiyyah.

Utyah, Jarji Shahin. 2007. Muᶜjam al-Muᶜtamad. Beirut: Dar al-Kitab al-ᶜIlmiyyah.

Winstedt, R.O. 1992. A History of Johore. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch Royal Asiatic Society (MBRAS).

Zaini Nasohah. 2004. Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia Sebelum dan Menjelang Merdeka. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zaydan, ᶜAbd al-Karim. 1993. al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Shari’ah al-Islamiah. Jil. 6. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

al-Zuhayli, Wahbah. 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyik: Dar al-Fikr.