Journal of Contemporary Islamic Law
No eISSN: 0127-788X2018 3(1)
Asas Tanggungan Pengamal Perubatan dalam Undang-undang Islam Menurut Fuqaha
The Basis of Medical Practiitioner Liability in the Islamic Law According to Islamic Jurist
Centre for Contemporary Fiqh and Sharia Compliance, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurbazla Binti Ismail, nurbazla@ukm.edu.my
Centre for Contemporary Fiqh and Sharia Compliance, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Received: 9 January 2018 | Accepted: 26 February 2018 | Published: 1 June 2018
Perkhidmatan rawatan dalam perubatan yang diberikan oleh seseorang doktor kepada pesakitnya merupakan suatu tugas dan kewajipan yang sangat dituntut oleh Islam. Kewajipan ini termasuk dalam ibadat fardu kifayah, iaitu apabila ia dapat dilaksanakan oleh sekumpulan manusia, maka terlepaslah pihak-pihak lain daripada melaksanakannya. Sebaliknya, ia menjadi kewajipan fardu ain ke atas seseorang doktor sekiranya tiada doktor lain selain dia dalam sesuatu kawasan. Oleh itu, adalah menjadi suatu kewajipan ke atas doktor tersebut untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk yang memerlukan. Doktor itu tidak boleh menolak sekiranya sesuatu rawatan diperlukan oleh penduduk di kawasan tersebut. Islam menegaskan bahawa perkhidmatan perubatan merupakan suatu tugas atau kewajipan yang wajib diceburi oleh umat Islam kerana ia merupakan keperluan sosial masyarakat. Maka, pihak tertentu yang bergelar “doktor atau pengamal perubatan” wajib melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik dan penuh keikhlasan. Justeru, timbul persoalan adakah seseorang doktor yang terlibat dalam bidang yang sangat diperlukan oleh ahli masyarakat ini akan bertanggungan terhadap sesuatu kemudaratan yang berlaku akibat daripada rawatan yang telah diberikannya. Sewajarnya, sesuatu kewajipan tidak diikat dengan syarat mesti menghasilkan kesejahteraan dan keselamatan. Ini kerana kebiasaannya metode dan kaedah rawatan secara keseluruhannya terserah kepada kebijaksanaan seseorang doktor, bukannya kepada pesakit. Maka kajian ini akan menjelaskan tanggungan pengamal perubatan dalam undang-undang Islam menurut pandangan fuqaha. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam sangat menitikberatkan isu berkaitan dengan tanggungan pengamal perubatan. Walaupun terdapat perbincangan berkaitan tanggungan pengamal perubatan melibatkan dua aspek tanggungan sama ada kecuaian atau kontrak, tetapi tanggungan berasaskan kontrak lebih monopoli berdasarkan kajian ini.
Kata Kunci: Pengamal perubatan, Tort, Kecuaian, Tanggungan, Ganti rugi, Kesalahan sivil, Kontrak
Medical services provided by a doctor to his patients is a duty and obligation which are seriously demanded by Islam. The obligation is
Keywords: Medical practitioners, Tort, Negligence, Liability, Damages, Civil offenses, Contract
‘Abd al-Radi Muhammad Hashim ‘Abdullah. 1994. al-Mas’uliyyah al-Madaniyyah li al-Atibba’ fi al-Fiqh al-Islami wa al-Qanun al-Wad‘i. al-Qahirah: t.pt.
al-‘Adawi, ‘Ali bin Ahmad. 1317H. Hashiyat al-‘Adawi ‘ala Fath al-Jalil al-Khirshi. t.tp: al-Matba‘ah al-Amiriyyah.
Ahmad Hashmat Abu Shatit. 1954. Nazariyyat al-Iltizam fi al-Qanun al-Madani al-Jadid. t.tp.: Matba‘ah Misr.
Ahmad Mahmud Sa‘d. 1983. Mas’uliyyat al-Mustashfa al-Khass ‘an Akhta’ al-Tabib. ‘Ayn Shams.
al-Dardir, Ahmad bin Muhammad al-‘Adawi. t.th. al-Sharh al-Kabir. Juz 4. Beirut: Dar al-Fikr.
al-Dusuqi, Shams al-Din Muhammad bin Ahmad bin ‘Arafah. t.th. Hashiyat al-Dusuqi ‘ala al-Sharh al-Kabir li al-Dardir. Juz 4. Kaherah: Matba‘ah Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah ‘Isa al-Babi al-Halabi.
al-Hamawi, Ahmad bin Muhammad. 1405H/1985M. Ghamz ‘Uyun al-Basa’ir Sharh Kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir. Juz 4. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Hasan ‘Akush. 1957. al-Mas’uliyyah al-Madaniyyah fi al-Qanun al-Madani al-Jadid. t.tp.: Maktabah al-Qahirah al-Hadithah.
Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Abu Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad. t.th. al-Mughni wa al-Sharh al-Kabir. Juz 10. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ibn Rushd, Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Rushd al-Qurtubi al-Andalusi. t.th. Bidayat al-Mujtahid wa Nihayat al-Muqtasid. Juz 2. Jil. 1. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Sina, Abu ‘Ali al-Husayn bin ‘Abdullah bin Sina. 1987. al-Qanun fi al-Tibb. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Ibrashi, Hasan Zaki. 1951. al-Mas’uliyyah al-Madaniyyah li al-Atibba’ wa al-Jarrahin. al-Qahirah: t.pt.
Lewis, C. J. 1998. Medical Negligence: A Practical Guide. Edisi ke-4. London Butterworth.
Muhammad Husayn Mansur. t.th. al-Mas’uliyyah al-Madaniyyah likulli min al-Atibba’ wa al-Jarrahin wa Atibba’ al-Asnan. al-Iskandariyyah: Dar al-Ma‘arif.
Mustafa Mar‘i. 1944. al-Mas’uliyyah al-Madaniyyah fi al-Qanun al-Misri. al-Qahirah: Matba‘at al-I‘timad.
Nelson-Jones, R. 1995. Medical Negligence Case Law. Edisi ke-2. London Butterworth.
al-Sanhuri, ‘Abd al-Razzaq. 1988. al-Nazariyyah al-‘Ammah li al-Tizamat fi al-Qanun al-Madani. t.tp.: Dar al-Nahdah al-‘Arabiyyah.
al-Sarakhsi, Shams al-Din. 1406H/1986M. al-Mabsut. Juz 30. Jil. ke-15. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
al-Shafi‘i, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Idris. 1413H/1993M. al-Umm. Juz 8. Jil. ke-7. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Shirazi, ‘Abd al-Rahman bin Nasr al-Din. t.th. Nihayat al-Ratbah fi Talab al-Hisbah. al-Qahirah: Jami‘ah al-Qahirah.
Wadi‘ Farj. t.th. Mas’uliyyat al-Atibba’ wa al-Jarrahin al-Madaniyyah. Dlm. Majallat al-Qanun wa al-Iqtisad.
al-Zayla‘i, Fakhr al-Din ‘Uthman bin ‘Ali al-Hanafi. t.th. Tabyin al-Haqa’iq Sharh Kanz al-Daqa’iq. Juz 6. Jil. 3. Kaherah: Dar al-Kitab al-Islami.