2023 8(1)

JUNE 2023

Pembekuan Akaun Bank Melalui Penghakiman Hiwalah Di Mahkamah Syariah

Freezing of Bank Accounts through Hiwalah Judgments in Shariah Court

Mohd Hazwan Ismail , mhazwan@unishams.edu.my
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Received: February 23, 2023 | Revised: April 04, 2023 | Accepted: May 12, 2023 | Published: June 15, 2023

2023, Vol. 8(1), pp. 1-11.  |  PDF

Pembekuan akaun bank boleh dilaksanakan melalui perintah hiwalah setelah mendapat kebenaran daripada mahkamah. Pembekuan akaun bank ini juga dilaksanakan terhadap bekas suami atau si bapa yang ingkar untuk membayar nafkah kepada tanggungannya. Dengan cara pembekuan akaun bank tersebut, bekas suami atau si bapa yang disebut penghutang tidak dapat mengakses segala transaksi keluar masuk bank miliknya. Dengan cara itu, kesemua wang yang berada di dalam akaun bank, akan dipindahkan ke akaun pemiutang (bekas isteri atau si ibu) daripada pihak ketiga (bank). Persoalan kajian timbul iaitu apakah wang di dalam bank dapat dipindahkan sekiranya tidak mencukupi seperti yang dituntut tunggakan nafkah dan mengenalpasti bank yang perlu kepada perasingan bank iaitu sama ada Islam atau konvensional serta kos tindakan yang dikenakan daripada pihak bank. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah penguatkuasaan hiwalah dapat ditunaikan oleh bank-bank dalam melaksanakan pembekuan akaun bank milik penghutang berdasarkan perintah mahkamah memandangkan ia baru saja dipinda daripada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Metod kajian ini menggunakan metod kajian kepustakaan dan kajian lapangan serta kajian kes. Selain daripada itu, metod temubual turut digunakan bagi mengukuhkan kajian ini. Data statistik mengenai pendaftaran hiwalah di seluruh negeri dibentang dan dianalisis kes-kes di mahkamah syariah. Hasil kajian mendapati, pelaksanaan hiwalah boleh dilakukan dengan cara pemindahan kredit walaupun tidak mencukupi seperti yang dituntut tunggakan nafkah oleh pemiutang. Selain daripada itu, perasingan bank juga berlaku kepada bank RHB dan Maybank di mana kedua-dua bank tersebut perlu kepada perintah yang berasingan iaitu Islamic atau konvensional. Dan yang terakhir adalah mengenai kos yang dikenakan terhadap pelaksanaan hiwalah hanyalah bank CIMB sahaja yang mengenakan kos tindakan.

KATA KUNCI
beku akaun, tunggakan nafkah, hiwalah, perundangan, Mahkamah Syariah.

A bank account freeze can be enforced via a hiwalah order, following court approval. This freeze is often applied to former husbands or fathers who neglect their alimony responsibilities. Through this measure, the individual—referred to as the debtor—cannot access any transactions associated with their bank account. Consequently, all the money within the frozen account is transferred to the creditor’s account (the ex-wife or mother) through a third party (the bank). Two key research questions arise from this scenario: Can the money in the bank be transferred if it is insufficient to cover the arrears of alimony? What role does the type of bank play in this scenario, specifically whether it is Islamic or conventional, and what are the associated costs of this action? This study aims to understand the extent to which banks can fulfill their role in enforcing hiwalah for account freezes based on court orders, especially since this regulation was recently revised under the Islamic Financial Services Act 2013. A combination of literature review, field research, and case studies was utilized in this study’s methodology. Interviews were also conducted to supplement the study. Statistical data on hiwalah registrations across the state were presented and analyzed in relation to cases in the sharia court. The study found that the implementation of hiwalah can be carried out via credit transfer even when the funds are insufficient to meet the creditor’s alimony arrears. Moreover, the differentiation of banks applies to both RHB and Maybank, where each requires a separate order—either Islamic or conventional. Lastly, regarding the costs associated with hiwalah enforcement, only CIMB bank levies action costs.

KEYWORDS
account freeze, maintenance arrears, hiwalah, legislation, Syariah Court

Abdul Rashid Moten (1998), A Guide To Research Proposal And Report Writing. Selangor: Research Centre International Islamic University, Malaysia. Hlm. 16

Abdurrahman Al-Jaziri. (t.t). Kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Madzahib Al-Arba’ah. Beirut: Dar Al-Fikr. Hlm 210.

Abu Muḥammad ‘Ābdullah bin Ahmad bin Muḥammad bin Qudama Al-Maqdisi. (2013). Al Mughni Juz 4. Beirut: Dar ‘Alam Al Kutub. Hlm 521.

Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: UKM. Hlm 65.

Aisah Salleh, Siti Aisyah Kamaruddin & Jazilah Mohd Saad@ Mat Saud. (2021). Pelaksanaan Prosiding Hiwalah: Pengalaman Bahagian Sokongan Keluarga. Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia: Teori, Amalan dan Pelaksanaan: JKSM & Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM. Hlm 397-406.

Al-Shirbini, Al-Khatib, Sheikh Muḥammad. (2001). Mughni Al-Muhtaj, Jilid 3. Beirut: Dar Al-Fikr. Hlm 193.

Azah lwn Khairi (2022), Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang. No. Kes Mal: 98/2022.

Azah lwn Khairi (2022), Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. No. Kes Mal: 17/2022.

Diana lwn Zairi (2022), Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah. No. Kes Mal: 32/2022.

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pulau Pinang) 2004. Enakmen No. 4.

H. Idris Ahmad S.H. (1995). Fiqh Syafii, Jld 3, Kuala Lumpur :Pustaka Antara Sdn Bhd. Hlm 47

H. Sulaiman Rasjid. (1976). Fiqh Islam. Jakarta: Attahiriyah.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hari-wanita-2022-perdana-menteri-umum-enam-inisiatif-perkasa-wanita-350678.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/936348/beku-akaun-bank-bekas-suami-dijangka-tahun-ini-rina

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/823053/sekat-akaun-bank-bekas-suami-culas-bayar-nafkah-dijangka-dilaksanakan-tahun

Huda lwn Sharil (2022), Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut. No. Kes Mal: 27/2022.

Ismail Bin Ibrahim. (2002). Al-Hiwalah Dan Pelaksanaannya Di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jazilah Mohd Saad. (2013). Mekanisme Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah Orang Islam: Sistem Berasaskan Mahkamah. ISLAMIYYAT 35(2) 2013: 89 – 100.

Kamal Al-Din Ibn Al-Humam. (t.t.) Fath Al-Qadir Ma’al Inaayah, Juz 5. Beirut: Dar Al-Fikr. Hlm 442.

Laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, entri “hawalah”, https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=hawalah

Mansur ibn Yunus ibn Idris Al-Buhuti. (1974). Kashshaf Al-Qina, juz 3. Makkah: Matba’at Al-Hukumah. Hlm 374.

Mohaimon lwn Nazri (2022), Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. No. Kes Mal: 20/2022.

Mohamed Fouzi Mokhtar, Siti Fatimah Ahmad Maulana, Salmi Amalia Jamil & Mohd Fariq Azaimi Apandi. (2021). Jenis-Jenis Penguatkuasaan Dan Pelaksanaan Perintah Di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan: Satu Pengenalan. Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia: Teori, Amalan dan Pelaksanaan: JKSM & Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM. Hlm 312.

Muḥammad Alaudin Haskafi. (2002). Dur Al-Mukhtār Sharḥ Tanwīr Al-Abṣār, Juz 4. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah. Hlm 306.

Muḥammad bin Ismail Al-Bukhari. (t.t) Shahih Al-Bukhari, Juz 2. Beirut: Dar Al-Fikr. Hlm 37.

Muḥammad ibn Aḥmad Ibn Juzayy Al-Kalbi. (2005). Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar Al-Hadis. Hlm 324

Nisa lwn Ruddin (2022), Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. No. Kes Mal: 93/2022.

Paizah lwn Ramhi (2022), Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah. No. Kes Mal: 33/2022.

Puan Nor Hidayah binti Ismail, Pembantu Syariah di Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dalam temubual dengan penulis di pejabat beliau di Aras 2, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang pada 12hb Februari 2022.

Roji lwn Mawi (2022), Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara. No. Kes Mal: 18/2022.

Shakirah lwn Fadli (2022), Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah. No. Kes Mal: 712/2022.

Syeikh Ahmad al-Zuman (2012). Maqalat al-Matlaqah Fiqh Wa Usulihi. Kaherah: Dar Ibn al-Jawzi.

Therese L. Baker. (1999). Doing Social Research, 3rd ed. United States of America: Mc Grew Hill. Hlm 240.

Tuan Mohd Mirza bin Abdul Rashid, Peguam Syarie di Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dalam temubual dengan penulis di pejabat beliau di Aras 2, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang pada 19hb November 2022.

Wan Nor Aisyah binti Wan Yussof, Abdul Ghafar bin Ismail & Shofian Ahmad. (2017). Dasar Pinjaman Berkumpulan Di Institusi Mikrokredit: Cadangan Penggunaan Kontrak Hiwalah. Jurnal Muamalat. Volume 10, 2017, Pages 39 to 62.