Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

57 (3) 2023 163 – 180


Penentu Fenomena Penyisihan Sosial: Dimensi Ekonomi
Determinants of Social Exclusion Phenomenon: The Economic Dimensions

Kluster Ekonomi dan Kewangan Islam
Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43000 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA.

nikazim2020@gmail.com

Kluster Ekonomi dan Kewangan Islam
Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43000 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

shahida@ukm.edu.my

Kluster Ekonomi dan Kewangan Islam
Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43000 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

hakimi@ukm.edu.my

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor penentu kepada fenomena penyisihan sosial, khususnya yang berkaitan dengan dimensi ekonomi. Kajian ini turut menguji pengaruh modal kerohanian yang diperkenalkan sebagai pemboleh ubah baharu dalam model penyisihan sosial. Ini kerana menurut agama Islam, aspek kerohanian mempunyai pengaruh terhadap kehidupan individu termasuk dalam urusan perekonomian. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik secara dalam talian berdasarkan teknik pensampelan rawak mudah. Sebanyak 387 responden terdiri daripada penerima bantuan kewangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pusat zakat negeri-negeri wilayah tengah Malaysia. Data primer telah dianalisis menggunakan model regresi logistik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kemahiran, status kesihatan, tahap modal kerohanian, status Orang Kurang Upaya (OKU) dan status bekas banduan merupakan faktor penentu kepada fenomena penyisihan sosial dimensi ekonomi. Penemuan kajian ini dapat menyediakan input kepada penggubal dasar bagi mengemaskini serta menambah baik dasar, pelan tindakan dan strategi berkaitan pemerkasaan ekonomi komuniti yang bersesuaian bagi membendung fenomena penyisihan sosial serta menggalakan keterangkuman sosial.

 

 

Keywords

dimensi ekonomi; keterangkuman sosial; Malaysia; modal kerohanian; Penyisihan sosial; regresi logistik

JEL Codes

C83, I15, I25, J24, L26, O15

Bibliography

Export Bibliography

Nik Ab Malik, N. M. A., Shahimi, S., & Mohd Shafiai, M. H. (2023). Penentu Fenomena Penyisihan Sosial: Dimensi Ekonomi. Jurnal Ekonomi Malaysia, 57(3), 163–180. http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2023-5703-11

@article{nikabmalik2023penentu,
  title={Penentu Fenomena Penyisihan Sosial: Dimensi Ekonomi},
  author={Nik Ab Malik, Nik Mohd Azim and Shahimi, Shahida and Mohd Shafiai, Muhammad Hakimi},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={57},
  number={3},
  pages={163—180},
 

year={2023},
}


Receive updates when new articles are published.