Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

40 2006 95 – 101


Kemiskinan di Kalangan Masyarakat Orang Asli




Abstract

Kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli masih berada pada tahap yang serius. Kadar kemiskinan mereka pada 1999 seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan ialah sebanyak 50.9%. Ini bermakna setiap seorang dari dua Orang Asli adalah miskin. Kadar kemiskinan ini adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia pada tahun yang sama yaitu 8.1%. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli dan seterusnya membuat analisis terhadap faktor-faktor tersebut. Untuk tujuan itu, satu kajian telah dijalankan disembilan kawasan penempatan Orang Asli di negeri Perak. Kawasan tersebut merangkumi kawasan pedalaman, pinggir dan bandar. Keputusan kajian mendapati kadar kemiskinan keseluruhan bagi kawasan kajian ialah sebanyak 54.0%. Enam faktor yang menyebabkan kemiskinan telah dikaji yaitu klasifikasi kawasan, umur ketua isi rumah, saiz isi rumah, tahap pendidikan ketua isi rumah, jenis pekerjaan dan faktor gender. keputusan kajian mendapati keenam enam faktor yang dikaji adalah faktor-faktor signifikan yang menyumbang kepada tahap kemiskinan yang tinggi dikalangan masyarakat Orang Asli.


Bibliography

Export Bibliography

Harun, , Idris, , Berma, , & Shahadan, (2006). Kemiskinan di Kalangan Masyarakat Orang Asli. Jurnal Ekonomi Malaysia, 40, 95–101.

@article{Harun2006Kemiskinan,
  title={Kemiskinan di Kalangan Masyarakat Orang Asli},
  author={Harun, Mohd and Idris, Nor and Berma, Madeline and Shahadan, Faridah},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={40},
  number={},
  pages={95—101},
 

year={2006},
}


Receive updates when new articles are published.