Jurnal Ekonomi Malaysia
57 (1) 2023 193 – 205
Centre for Policy Research and International Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Penang, MALAYSIA.
Abstract
Kajian ini menganalisis hubungan jangka panjang antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan pemangkin-pemangkin ekonominya seperti kualiti kepimpinan negara, pengeksportan buah durian, pelancongan, dan pelaburan modal. Kajian ini meliputi data sukuan bersiri dari tahun 2004 hingga 2019. Ujian punca unit dengan selaan struktur (structural break) dan ujian pembustrapan kointegrasi multivariat Johansen digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Secara umumnya, dapatan kajian ini mengesahkan bahawa sektor pelancongan, pengeksportan buah durian dan kualiti kepimpinan negara masing-masing mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Malaysia secara positif. Namun begitu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa pengeksportan buah durian yang tidak terkawal akan menjejaskan sumbangan sektor pelancongan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Selain itu, kajian ini mendapati sumbangan sektor pelancongan terhadap pertumbahan ekonomi amat bergantung kepada pelaburan modal. Di samping itu, hasil kajian ini turut mendapati bahawa kualiti kepimpinan negara mendorong sumbangan pengeksportan buah durian dan pelaburan modal terhadap ekonomi negara. Justeru, kajian ini merumuskan bahawa pelancongan dan eksports merupakan pemangkin ekonomi yang penting. Walau bagaimanapun, keberkesanan pemangkin ekonomi tersebut dalam menjana pertumbuhan ekonomi adalah bersandarkan kepada kualiti kepimpinan negara. Dengan ini, kewujudan barisan kepimpinan negara yang berkualiti cemerlang perlu dititikberatkan dalam usaha memastikan kejayaan dan keberkesanan pemangkin-pemangkin ekonomi dalam merangsangkan pertumbuhan ekonomi.
Keywords
Similar Articles
- Pertumbuhan Pacuan Pelaburan Langsung Asing: Ujian Sebab-Menyebab di Malaysia
- Neksus antara Indeks Syariah dan Fundamental Makroekonomi
- Kesan Perdagangan Antarabangsa terhadap Permintaan Pelancongan: Kes di Malaysia
Bibliography
@article{tang2023effect,
title={Kesan Kualiti Kepimpinan Negara, Eksport dan Pelancongan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi},
author={Tang, Chor Foon},
journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
volume={57},
number={1},
pages={193—205},
}
Receive updates when new articles are published.