Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

58 (3) 2024


Kesan Persekitaran Pekerjaan Terhadap Penglibatan Wanita Dalam STEM
Impact of Working Environment on Women's Involvement in STEM

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

norain@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

azrna@ukm.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

norshamliza@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

hizuan@ukm.edu.my

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan persekitaran pekerjaan terhadap penglibatan wanita dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Kajian ini menggunakan Structural Equation Modeling (SEM) dan responden dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah dan dibahagikan kepada dua golongan responden wanita iaitu wanita yang sertai dan kekal dalam STEM (golongan A) dan wanita yang mengetuai STEM (golongan B). Data diperoleh menggunakan soal selidik yang diagihkan secara rawak secara atas talian dengan menggunakan aplikasi google form kepada responden selama tiga bulan. Terdapat enam model telah dibangunkan dalam kajian ini menggunakan pemboleh ubah bersandar yang berbeza bagi melihat kesan dan impak disebabkan perubahan pemboleh ubah bebas. Model 1 sehingga model 3 merangkumi wanita yang sertai dan kekal dalam STEM. Model 1 bertemakan pengekalan iaitu wanita ingin terus kekal dalam bidang STEM, model 2 bertemakan pengalaman iaitu tempoh (bilangan tahun) pengalaman wanita telah berkhidmat dalam industri dan syarikat berkaitan STEM dan model 3 bertemakan persaraan iaitu wanita bercadang untuk bersara lebih awal dari yang ditetapkan oleh organisasi/ kerajaan. Model 4 sehingga model 6 merangkumi wanita yang menjadi ketua dalam STEM. Model 4 bertemakan pengalaman iaitu tempoh tempoh (bilangan tahun) pengalaman wanita telah berkhidmat dalam industri berkaitan STEM, model 5 bertemakan pengalaman iaitu tempoh (bilangan tahun) pengalaman wanita telah berkhidmat dalam syarikat berkaitan STEM dan model 6 bertemakan persaraan iaitu wanita bercadang untuk bersara lebih awal dari yang ditetapkan oleh organisasi/ kerajaan. Hasil kajian menunjukkan bagi golongan A, kajian ini mendapati faktor persekitaran kerja psikososial seperti minat awal dan endowmen mampu menggalakkan wanita untuk terus kekal dalam STEM manakala bagi golongan B kajian ini mendapati faktor persekitaran psikososial dan keadaan tempat kerja seperti beban kerja, waktu bekerja dan endowmen telah menggalakkan wanita untuk berada lebih lama dalam industri berkaitan STEM. Hasil kajian menunjukkan persekitaran pekerjaan psikososial, fizikal dan tempat kerja mempunyai kesan positif terhadap menggalakkan penyertaan, pengekalan dan penerajuan wanita dalam STEM. Oleh itu, kajian ini boleh membantu kerajaan dan majikan dalam menyelesaikan isu-isu mengenai penyertaan wanita dalam STEM.

Keywords

kekal; ketua; persekitaran pekerjaan; SEM; sertai; STEM; Wanita

Bibliography

Export Bibliography

Rashid, N., Mod Asri, N., Abdullah Al-Hadi, A., Chamhuri, N., & Shahiri, H. I. (2024). Kesan Persekitaran Pekerjaan Terhadap Penglibatan Wanita Dalam STEM. Jurnal Ekonomi Malaysia, 58(3), –. http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2024-5803-2

@article{rashid2024kesan,
  title={Kesan Persekitaran Pekerjaan Terhadap Penglibatan Wanita Dalam STEM},
  author={Rashid, Nurhamizah and Mod Asri, Norain and Abdullah Al-Hadi, Azrina and Chamhuri, Norshamliza and Shahiri, Hazrul Izuan},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={58},
  number={3},
  pages={—},
 

year={2024},
}


Receive updates when new articles are published.