Jurnal Ekonomi Malaysia
57 (2) 2023 215 – 230
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan sekatan penerbangan yang disebabkan oleh konflik politik antara negara terhadap industri penerbangan dan ekonomi secara keseluruhan. Kajian ini menggunakan pendekatan data panel ekonometrik perbezaan dalam perbezaan (DID) dan analisis input-output (I-O) daripada Jadual I-O Malaysia 2019 untuk mensimulasikan potensi impak sekatan penerbangan yang disebabkan oleh konflik politik. Dapatan kajian menunjukkan sekatan penerbangan yang disebabkan konflik politik berikutan kehilangan MH370 mengakibatkan potensi kerugian kepada ekonomi Malaysia. Kerugian tersebut mencecah sehingga RM 3.5 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan sektor pengangkutan udara menyumbang RM 1.7 bilion dalam kerugian, sektor Minyak Mentah dan Produk Petroleum Bertapis sebanyak RM 325.8 juta, dan sektor Perdagangan Borong and Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor dan Motosikal sebanyak RM 256 juta. Kajian ini menyumbang kepada literatur dengan meluaskan lagi perbincangan tentang sekatan ekonomi kepada perdagangan perkhidmatan, seperti perkhidmatan penerbangan. Penemuan ini menunjukkan bahawa kerjasama syarikat penerbangan dengan pihak berkuasa penerbangan dan kerajaan adalah penting untuk memahami perubahan dasar dan situasi akibat konflik politik. Selain itu, syarikat penerbangan perlu meningkatkan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi penumpang, kru, dan pesawat dari ancaman konflik politik.
Keywords
JEL Codes
Similar Articles
- Assessing the Mechanism of Oil Price Fluctuation and Fiscal Policy Response in the Malaysian Economy
- Kajian Input-Output Wilayah: Aplikasi dan Analisis di Selangor
- Fuel Subsidy Rationalisation: The Perils of the Middle Class in Malaysia
Bibliography
@article{khairuddin2023sekatan,
title={Sekatan Penerbangan dan Konflik Politik: Kesan ke atas Ekonomi},
author={Khairuddin, Nurul Aishah and Sarmidi, Tamat and Palil, Mohd Rizal and Khalid, Norlin},
journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
volume={57},
number={2},
pages={215—230},
}
Receive updates when new articles are published.