KAJIAN PASARAN PROGRAM SARJANA TEKNOLOGI TENAGA, JABATAN FIZIK GUNAAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

YBhg. Prof./Datuk/Dr/Datin/Tuan/Puan,

KAJIAN PASARAN PROGRAM SARJANA TEKNOLOGI TENAGA, JABATAN FIZIK GUNAAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Jabatan Fizik Gunaan (JFG) UKM, ingin menjemput Y.Bhg. Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/Dr Tuan/Puan untuk mengisi Borang kajian pasaran Program Sarjana Teknologi Tenaga yang telah disediakan di pautan URL di bawah:

https://forms.gle/gC3WBm7DjWyLeTnU9

Tujuan maklum balas ini disediakan bagi bertujuan meninjau pasaran Program tersebut keatas penambahbaikan yang sedang diusahakan Tuan/Puan diminta membuat penilaian terhadap kurikulum program yang meliputi pengisian, jangka masa pengajian, dan peluang. Soal selidik ini dibuka mulai hari ini, 15 Januari 2024 hingga 15 mac 2024. Masa yang diambil untuk menjawab soal selidik ini adalah tidak melebihi 5 minit.
Kerjasama dan jasa baik pihak YBhg.Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan dalam melengkapkan borang soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

Prof Madya Dr Rozaidi Rasid
rozaidi@ukm.edu.my
Penguri jawatankuasa penambahbaikan program Sarjana Teknologi Tenaga
Jabatan Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia