Permohonan Dermasiswa bagi semester II sesi 2023/2024 dilanjutkan sehingga 25 Februari 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik,

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Dermasiswa bagi semester II sesi 2023/2024 dilanjutkan sehingga 25 Februari 2024.

Justeru, sukacita agar YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik dapat memaklumkan dan menghebahkan kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah seliaan masing-masing untuk memohon.

Sebarang pertanyaan lanjut, sukacita YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik boleh emel ke pjfizik-fst@ukm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian dari pihak YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.