Jemputan Menghadiri Seminar Fizik Bil.9/2024 anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Profesor/ Dr./ Tuan/ Puan,
Jemputan Menghadiri Seminar Fizik Bil.9/2024 anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan seminar seperti di atas pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 28 November 2024 (Khamis)
Penceramah: Ts Dr. Ratna Suffhiyanni Omar
Tajuk: Keselamatan dan Teknik Dosimetri Dalam Pengimbas Tomografi Berkomputer
Masa: 10.00 pagi
Tempat : Bilik Sumber JFG
Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/ Profesor/ Dr/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.
Kesudian YBhg. Datuk/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan Salam Hormat.