Jemputan Menghadiri Syarahan Umum anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Dr/ Tuan/ Puan,

Jemputan Menghadiri Syarahan Umum anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan Syarahan Umum seperti di atas pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 3 Januari 2024 (Rabu)
Penceramah:
1. Profesor Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor (Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, FST)
Tajuk: Superkonduktor Suhu Bilik: Cabaran Teknologi Dan Impak Sosioekonomi
Masa: 9.30 – 10.15 pagi

Penceramah:
2. Profesor Dr. Sahrim Hj Ahmad (Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, FST)
Tajuk: Biokomposit Berbusa Berasaskan Polimer Kitar Semula: Penyediaan, Pencirian dan Potensi Kegunaan
Masa: 10.15 pagi – 11.00 pagi

Moderator: Encik Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil (Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, FST)

Tempat : Bilik Seminar Siswazah, Aras 1, Bangunan Fizik & Secara dalam talian di Aplikasi Zoom

Pautan: https://ukm-edu-my.zoom.us/j/91612596883?pwd=YkpnMkE1UnBHNVA5SVNPUGxDcGlLZz09

Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Dr/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan Salam Hormat.