Webinar Hadiah Nobel Fizik 2023 – Kaedah Penghasilan Denyutan Cahaya Atto-Saat Untuk Mengkaji Kedinamikan Elektron Dalam Bahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Dr/ Tuan/ Puan,
Jemputan Menghadiri Webinar anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan webinar seperti di atas yang bertajuk “Hadiah Nobel Fizik 2023 – Kaedah Penghasilan Denyutan Cahaya Atto-Saat Untuk Mengkaji Kedinamikan Elektron Dalam Bahan” pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 18 Oktober 2023 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Secara dalam talian di Aplikasi Cisco Webex & Live FB Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official)
Penceramah: Dr. Mohd Narizee Mohd Nasir (Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, FST)
Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Dr/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.