Academia Book
Academia Books
Get the books written by the departmental members now!
Biojisim dan Penghasilan Tenaga Terbaharukan Biobutanol
Authors:
Norliza Abd Rahman, Hafiza Shukor, Mohd Sahaid Kalil
Publisher:
UKM Press
Air Kelapa Tua: Potensi Kesihatan, Selulosa Bakteria dan Kapsul Ubat
Authors:
Norliza Abd Rahman, Nur Syafiqah Kamarudin, Mohd Sahid Khalil
Publisher:
UKM Press
Synopsis:
Bagaimana dengan air kelapa tua? Adakah ianya berguna? Buku ini akan menghuraikan mengenai fermentasi air kelapa tua dan menghasilkan Selulosa Bakteria (SB) dengan kos yang efektif. Kegunaan SB menjadi lebih meluas di sebabkan oleh keserasian bio, kehidro_likan dan kekiralannya. Ia boleh digunakan di dalam pelbagai industri seperti kertas, perubatan, makanan dan juga tekstil. Buku ini menggunakan air kelapa tua daripada industri pemprosesan santan sebagai media fermentasi untuk mengurangkan kos. Industri ini secara purata menghasilkan sebanyak 5.3 m_ sisa air kelapa tua setiap hari. Ini menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran air di sungai juga di sekitar kawasan industri pemperosesan santan. Fokus utama buku ini ialah menganalisa kandungan nutrient di dalam air kelapa tua, prestasi SB daripada air kelapa tua oleh Acetobacter xylinum 0416, perbandingan kapsul keras dari SB dan jenama komersil dan merekabentuk loji dengan kos efektif menggunakan perisian Superpro Designer®. Prestasi SB yang diperolehi adalah sebanyak 2.28 g pada suhu 32°C, pH 4 dan masa fermentasi selama 7 hari. Tambahan lagi, SB di uji dengan menggunakan perisian Superpro Designer® bagi tujuan pemilihan peralatan dan kaedah penghasilan SB pada skala industri. Terdapat empat proses alternatif yang telah dipilih dan di simulasi dengan menggunakan perisian Superpro Designer®. Secara keseluruhannya, hasil kajian dengan mengunakan air kelapa tua berpotensi mengurangkan harga kos medium serta dapat menghasilkan selulosa bakteria pada kos yang efektif.
Integrated and Hybrid Process Technology for Water and Wastewater Treatment
Authors:
Abdul Wahab Mohammad & Ang Wei Lun
Publisher:
Elsevier
Synopsis:
Tackling the issue of water and wastewater treatment nowadays requires novel approaches to ensure that sustainable development can be achieved. Water and wastewater treatment should not be seen only as an end-of-pipe solution but instead the approach should be more holistic and lead to a more sustainable process. This requires the integration of various methods/processes to obtain the most optimized design. Integrated and Hybrid Process Technology for Water and Wastewater Treatment discusses the state-of-the-art development in integrated and hybrid treatment processes and their applications to the treatment of a vast variety of water and wastewater sources. The approaches taken in this book are categorized as (i) resources recovery and consumption, (ii) optimal performance, (iii) physical and environmental footprints, (iv) zero liquid discharge concept and are (v) regulation-driven. Through these categories, readers will see how such an approach could benefit the water and wastewater industry. Each chapter discusses challenges and prospects of an integrated treatment process in achieving sustainable development. This book serves as a platform to provide ideas and to bridge the gap between laboratory-scale research and practical industry application.
Pengindustrian Teknologi Pengekstrakan Herba
Potensi Herba Dukung Anak
Authors:
Norsyamimi Hassim & Masturah Markhom
Publisher:
Penerbit UKM
Synopsis:
Masa depan pemprosesan tumbuhan herba menggunakan teknologi pengekstrakan di Malaysia adalah sangat cerah disebabkan kekayaan sumber semulajadinya dengan pelbagai khasiat perubatan. Pengekstrakan bendalir lampau-genting (Supercritical fluid extraction, SFE) merupakan teknologi hijau yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. Teknologi ini mampu mengurangkan risiko ke atas alam sekitar kerana penggunaan pelarut yang tidak toksik, iaitu karbon dioksida. la menyebabkan pembangunan produk kesihatan daripada tumbuhan herba untuk industri farmaseutikal dengan menggunakan teknologi ini semakin mendapat perhatian. Namun begitu, sehingga kini masih tiada loji perindustrian bagi proses ini untuk penghasilan produk daripada herba terpilih iaitu dukung anak. la adalah tumbuhan herba tempatan yang mengandungi banyak khasiat dan potensi perubatan. Secara amnya, buku ini memberi maklumat mengenai kondisi pengoperasian serta kaedah pengekstrakan yang terbaik untuk herba ini. Ia juga memberi maklumat dan panduan mengenai pembangunan skala naik bagi pemprosesan herba dukung anak menggunakan teknologi pengekstrakan SFE. Selain itu, ia turut mengulas potensi proses ini dari segi ekonomi untuk dibangunkan ke peringkat industri.
Teknologi Pengekstrakan Herba Misai Kucing
Authors:
Che Nurul Ain Nadirah Che Mansor, Jalifah Latip & Masturah Markom
Publisher:
Penerbit UKM
Synopsis:
Pada masa ini, herba tradisional banyak digunakan sebagai produk kesihatan yang menjadi sumber ubatan alternatif bagi mencegah sesuatu penyakit. Namun begitu, penggunaan herba tersebut adalah tidak selaras kerana kebiasaanya herba diambil dengan cara rebusan atau dijadikan sebagai teh. Kekerapan dan kuantiti pengambilannya adalah tidak seragam dan tidak dapat menjamin keberkesanan penggunaan herba tersebut. Oleh itu, buku ini diharapkan dapat memberikan maklumat secara terperinci berkenaan teknologi penyediaan ekstrak herba piawai dengan memfokuskan kepada herba Orthosiphon stamineus (pokok Misai Kucing).
Choosing Disinfection Alternatives for Bio-Effluent Treatment: A Summary of Existing and Emerging Technologies
Authors:
Teow Yeit Haan, Noorini Izzati Mohamad Mazuki & Abdul Wahab Mohammad
Publisher:
Penerbit UKM
Conducting Polymer for Tuneable Membrane Filtration
Authors:
Rosiah Rohani
Publisher:
Penerbit UKM
Agro-Industrial Wastewater: Treatment Using Active Antifouling Carbon Nano-Membrane
Authors:
Ho Kah Chun, Teow Yeit Haan, Abdul Wahab Mohammad
Publisher:
UKM Press
Synopsis:
Membrane fouling is one of the major obstacles that hampers the application of membrane for conventional palm oil mill effluent (POME), agro-industrial wastewater treatment. Active fouling mitigation by introducing electricity across conductive membrane can suppress membrane fouling by enhancing the repulsive force between negative charge organic foulants and the membrane surface. This book discussed two carbon nanomaterials-graphene oxide (GO) and multi-walled carbon nanotubes (MWCNTs) as nanofillers in polymer to produce conductive membrane via the in-situ colloidal precipitation and direct blending methods. The presence of nanomaterials in GO/OMWCNTs membrane matrix had reduced the membrane surface roughness and formed a negative charge repulsive boundary which eventually enhanced the membrane’s passive antifouling properties. Blending GO to MWCNTs membrane produced membrane with optimal conductivity which was suitable for active fouling mitigation. Generally, permeate flux decline was lessened with the application of electricity across the synthesised GO/MWCNTs membranes. This book supported that application of GO/MWCNTs membrane for active fouling mitigation was promising for POME treatment.
Sisa Sawit: Biotransformasi Proses Penghasilan Asid Suksinik
Authors:
Abdullah Amru Indera Luthfi, Jamaliah Md Jahim & Shuhaida Harun
Publisher:
Penerbit UKM
Pengurusan Sisa Kilang Sawit
Authors:
Siti Nur Hatika Abu Bakar, Hassimi Abu Hasan & Abdul Wahab Mohammad
Publisher:
Penerbit UKM
Pemantapan Pengurusan Akademik
Authors:
Mohd. Syuhaimi Ab. Rahman, Ahmad Kamal Arifin Mohd Ikhsan & Abdul Wahab Mohamad
Publisher:
UKM Press
Synopsis:
Sistem pengurusan akademik penting sebagai asas kepada pencapaian aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang berkualiti seiring dengan matlamat pendidikan yang disasarkan. Sistem pengurusan akademik yang mantap bukanlah bergantung kepada struktur kurikulum, teknik pengajaran dan penilaian semata-mata tetapi memerlukan sistem sokongan yang padu seperti struktur governan, sistem pengurusan dokumen, sistem pengurusan fail kursus, semakan kurikulum, sistem penilaian, pengurusan makmal, hubungan dengan pemegang taruh dan alumni, proses penandarasan dan sistem penambahbaikan berterusan. Buku ini akan memberi gambaran kepada pembaca mengenai sistem sokongan ini yang menyokong kepada pencapaian pengurusan akademik yang mantap. Pelaksanaan sistem pengurusan akademik ini pula memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kedekanan, jabatan; kakitangan sokongan serta semua yang bergelar warga fakulti.
Motivasi Penerbitan untuk PENSYARAH MUDA
Authors:
Mohd Jailani Mohd Nor, Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Abdul Wahab Mohammad
Publisher:
Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Peranti Sumber Kuasa Mudah Alih menggunakan Sel Fuel Metanol Lansung
Authors:
Siti Kartom Kamarudin, Syarahan Perdana
Publisher:
UKM Press
Penambahbaikan Kualiti Berterusan dalam Pendidikan Kejuruteraan
Authors:
Masturah Markom, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan & Roszilah Hamid
Publisher:
UKM Press
Kemahiran Kebolehgajian Graduan Kejuruteraan
Authors:
Mohd Zaidi Omar, Azami Zaharim & Abdul Wahab Mohammad
Publisher:
UKM Press
Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan dalam Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina
Authors:
Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Ja’afar Sahari, Hafizah Husain
Publisher:
UKM Press