Program Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Kimia ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses dalam bentuk program kerja kursus. Ia menawarkan kursus-kursus teras bidang kejuruteraan kimia seperti reka bentuk sistem, proses tindak balas lanjutan, teknologi pemisahan lanjutan, dinamik dan kawalan proses lanjutan, dan teknik simulasi untuk aplikasi kejuruteraan kimia. Pelajar diberi pilihan memilih 4 kursus elektif dari pelbagai aspek kejuruteraan kimia iaitu yang berkaitan dengan bidang bioproses, kelestarian teknologi proses, tenaga, keselamatan proses dan pengurusan sisa. Selain itu, pelajar berpeluang mengembangkan kemahiran penyelidikan melalui kursus projek penyelidikan. Di akhir program ini, pelajar diharap memperoleh ilmu kejuruteraan kimia terkini, dan berupaya memenuhi kehendak industri dan pihak berkepentingan di dalam dan juga di luar negara.
Salah satu daripada kriteria di bawah:
Kriteria 1
PNGK 2.50 ke atas : Ijazah Sarjana Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan/ setaraf
Kriteria 2
PNGK 2.0 – 2.49 : Sarjana Muda Kejuruteraan atau dalam bidang berkaitan atau yang setara dengan penilaian dalaman yang rapi
Kriteria 3
PNGK 3.00 ke atas : Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (selain bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (selain bidang kejuruteraan) / setaraf
Kriteria 4
PNGK 2.99 ke bawah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (selain bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (selain bidang kejuruteraan)/ setara dengan penilaian dalaman yang rapi
Kriteria 5
Memenuhi Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL A) untuk calon warganegara sahaja:
a) Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan
b) Lulus diploma dalam bidang berkaitan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti;
c) Kelayakan lain yang setara;
d) Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF
Mod Pengajian: Kerja Kursus
Sepenuh Masa: 1 -2 tahun
Separuh Masa: 2- 4 tahun
Kuliah bermula 6:00-9:00pm, Isnin-Khamis
Keperluan Bahasa Inggeris bagi calon antarabangsa adalah seperti berikut:
a. Skor minimum 5.5 untuk IELTS atau setara dengan mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common Europeon Framework of Reference (CEFR) seperti yang diluluskan oleh Senat
ATAU
b. Surat pengesahan kelayakan akademik yang diperoleh menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang dikeluarkan oleh Universiti berkenaan
ATAU
c. Calon yang belajar dari negara yang diwartakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi (rujuk The International Academic Grade Guide 2nd Edition)
Sila hubungi Ketua Program Siswazah di kpsjkkp@ukm.edu.my atau melayari laman web untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ketua Program Siswazah
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor,
MALAYSIA
Tel : 603-8911 8035
Fax : 603-8911 8345
Emel : kpsjkkp@ukm.edu.my