Lawatan pelajar pascasiswazah ke Hospital Orang Asli Gombak

 

6 Januari 2021 – Seramai lima orang pelajar pascasiswazah Program Sains Perubatan Parasitologi dan seorang pensyarah pengiring dari Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan (JPEP) telah mengadakan lawatan ke Hospital Orang Asli Gombak (HOAG), Selangor.

Lawatan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan sistem kesihatan yang bertumpu khusus kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia. Selain itu, lawatan ini dapat membantu pelajar dalam perkembangan ilmu teori dalam membentuk mahasiswa yang dinamik dan celik akal.

Diharap juga, lawatan ini dapat mewujudkan hubungan yang baik antara pihak JPEP dan HOAG untuk kerjasama penyelidikan berkaitan parasitologi pada masa akan datang.