Sesi Perkongsian Akademik & Penyelidikan

Antara kakitangan dan pelajar jabatan yang menghadiri sesi perkongsian melalui aplikasi ZOOM

Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan UKM dengan sukacitanya menjemput YBhg. Dr. Vinoth a/l Kumarasamy selaku pensyarah Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi dari Mahsa University dan salah seorang pakar dalam bidang parasitologi di Malaysia untuk berkongsi pengalaman akademik dan penyelidikan beliau dengan kakitangan serta pelajar pascasiswazah di jabatan.

Diadakan menerusi aplikasi ZOOM, satu sesi perkongsian ilmu telah dijalankan pada hari Rabu, 27 Januari 2021 jam 11.00 pagi melibatkan seramai 24 orang kakitangan dan pelajar jabatan. Objektif utama perkongsian ilmu ini adalah untuk memberi pendedahan serta ilmu mengenai parasit Blastocystis sp. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk berkongsi hasil penemuan beliau dalam penyelidikan.

Sesi dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Ketua Jabatan, Dr. Syamsa Rizal Abdullah yang mewakili ahli jabatan menyampaikan ucapan terima kasih atas kesudian Dr. Vinoth untuk menyampaikan perkongsian beliau. Sesi kemudian diteruskan oleh Dr. Vinoth.  Antara perkongsian menarik daripada beliau adalah melibatkan gene expression dan hasil penyelidikan beliau. Sesi perkongsian ilmu ini ditamatkan pada jam 12.30 tengahari selepas sesi soal jawab yang interektif.

Semoga sesi perkongsian yang bermanfaat ini dapat meningkatkan mutu dan prestasi jabatan dalam menjalankan kajian-kajian berkaitan. Semoga kakitangan jabatan terus maju dan bermotivasi untuk meneruskan penyelidikan di jabatan.