Selamat Maju Jaya

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Puan Mekadina Bernadus (JTMP U32) di atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Sains (C41) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuatkuasa 10 Mac 2021.

Cenderahati penghargaan yang sempat di sediakan diserahkan oleh Ketua Jabatan

Secara amnya, tempoh perkhidmatan beliau di UKM adalah selama 14 tahun (13 tahun, 3 bulan). Sepanjang perkhidmatan beliau di UKM, beliau telah berkhidmat dan mencurahkan bakti di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, selain turut menjadi Juruaudit bagi Jawatan Kuasa Pelaksanaan 5S di Fakulti Perubatan.

Jabatan merakamkan jutaan terima kasih di atas segala jasa, komitmen dan dedikasi beliau dalam menjalankan amanah sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan ini.

Jabatan turut mengucapkan syabas dan selamat maju jaya buat Puan Mekadina Bernadus. Semoga diberi anugerah kesihatan, keselamatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada beliau.

Selamat bertugas di tempat baharu dan moga segala pengalaman juga kemahiran yang ditimba di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Salam perpisahan.