Audit Pematuhan SOP Bagi Pencegahan Penularan Wabak COVID-19, ROSH-UKM

Audit telah dijalankan berkenaan Pematuhan SOP COVID-19 di Bangunan Praklinikal. Fakulti Perubatan UKM pada 30 Mac 2021. Jabatan Parasitologi terlibat di dalam audit yang telah dijalankan. ROSH-UKM yang diwakili oleh Puan Suzana Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Risiko. Jabatan Parasitologi telah mematuhi segala SOP dan berjaya mendapat Sijil Pengesahan Pematuhan SOP Bagi Pencegahan Penularan Wabak COVID-19.

Sijil telah disampaikan kepada Ketua Jabatan, Dr. Syamsa Rizal Abdullah bagi dipamerkan di jabatan.