Literature Review Pelajar Latihan Industri

Tarikh : 29 Jun 2021
Masa : 9 am
Aplikasi : Zoom Meeting

Literature Review merupakan salah satu modul yang terdapat dalam Modul Latihan Industri di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan. Pelajar Latihan Industri akan diselia oleh seorang pensyarah di jabatan dan pelajar diminta untuk melakukan Literature Review berdasarkan tajuk yang dipilih. Pada akhir Latihan Industri, pelajar diminta untuk menyampaikan hasil Literature Review mereka.

Kali ini, tiga pelajar Latihan Industri dari UiTM Kuala Pilah telah berkongsi Literature Review mereka. Disebabkan Pandemik Covid-19 dan PKP serta PKPD disebahagian kawasan Wilayah Persekutuan, sesi perkongsian ini hanya dapat dijalankan secara atas talian melalui aplikasi ZOOM. Pelajar telah mendapat pujian di atas usaha dan perkongsian mereka.