Sesi Perkongsian Latihan Industri

Tarikh : 9 Julai 2021
Masa : 9.00 am
Aplikasi : ZOOM Meeting

Pelajar Latihan Industri menyampaikan perkongsian mereka berkenaan pengalaman mereka sepanjang menjalankan latihan industri di jabatan.

Pada akhir sesi ini, Ketua Jabatan menyampaikan rasa bangga dan berterima kasih kepada ketiga-tiga pelajar atas komitmen dan kerjasama mereka sepanjang menjalankan latihan industri di jabatan.

Mereka merupakan pelajar dari UiTM Kuala Pilah yang telah menjalankan Latih Industri di jabatan bermula pada 29 Mac sehingga 9 Julai 2021. Disebabkan kekangan pandemik Covid-19 dan PKP serta PKPD dibeberapa kawasan, sesi akhir latihan industri ini hanya dapat dijalankan melalui aplikasi ZOOM.

Jabatan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Mohammad Muaz Bavunni, Muhammad Fadli Mazlan dan Nur Adlina Aqilah Mohamat Suimi yang telah menjalankan latihan industri dengan cemerlang di jabatan.

Semoga ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan dan menjadi asas pengetahuan apabila berada di luar sana.