Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PROFILE PENYELIDIK

PROF. MADYA DR. EMELIA OSMAN

Beliau merupakan graduan Universiti Sains Malaysia (PhD) dan kini memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan serta Ketua Unit bagi Makmal Pelbagai Guna (MPG). Beliau pakar di dalam bidang parasitologi molekular dengan penekanan pada penemuan biomarker dan diagnostik molekular untuk penyakit bawaan parasit.

DR. ANISAH NORDIN

Anisah Nordin telah menerima ijazah Doktor Perubatan Veterinar (DVM) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1997 dan pernah berkhidmat sebagai pegawai veterinar di ladang tenusu tempatan sebelum menyambung pelajarannya dan menerima ijazah MMedSc. dalam bidang Parasitologi & Entomologi Perubatan pada tahun 2002 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini, beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM dimana beliau telah menubuhkan sebuah makmal khusus untuk  kultur dan mengekalkan tempoh hidup amoeba hidup bebas yang telah di isolasi dari persekiran dan sampel klinikal. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Penyelidikan), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Presiden Persatuan Sains Haiwan Makmal Malaysia.

DR. 'AZLIN MUHAMMAD @ MOHD YASIN

Beliau merupakan tenaga pengajar yang bersemangat dan mempunyai 17 tahun pengalaman dalam mendidik pelajar perubatan sarjana dan pascasiswazah termasuk pelajar Ijazah Sarjana seperti Ijazah Doktor Patologi dan Ijazah Doktor Kesihatan Awam. Pada masa ini, beliau juga melibatkan diri dalam kursus Kemajuan Peribadi dan Profesional (PPA) terutamanya berkaitan modul kemahiran berkomunikasi. Dr. Azlin juga merupakan seorang pakar perunding parasitologi bagi servis makmal diagnostik di Malaysia dengan kepakaran parasit usus dan parasit tisu. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Penilaian Fakulti dan juruaudit dalaman bagi program sarjana dan pascasiswazah di UKM. Beliau cenderung menjalankan kajian dalam bidang infeksi parasit usus di kalangan Orang Asli dan kanak-kanak di Malaysia. Setakat ini, beliau telah menerbitkan lebih 50 artikel di jurnal kajian peringkat antarabangsa, penulis kepada 2 bab dalam buku serta menulis 2 buah buku berkaitan infeksi parasit dan ‘tropical health’.

DR. AISHAH HANI AZIL

Dr. Aishah Hani Azil merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM dengan pengalaman mengajar melebih 15 tahun dalam bidang entomologi perubatan dan parasitologi. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penyelidikan vektor dengi sejak bergelar pelajar sarjana di UKM sehingga MSc (Liverpool) dan Ph.D (UniSA). Penyelidikan terkini beliau merangkumi mosquito-borne diseases surveillance, vector control, Wolbachia-infected mosquitoes and oviposition attractants for Aedes. Beliau juga telah menulis banyak artikel di surat khabar, majalah dan portal pendidikan secara maya.

DR. SYAMSA RIZAL ABDULLAH

SYAMSA RIZAL ABDULLAH, PhD (Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia) merupakan pensyarah kanan di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM. Beliau merupakan pakar dalam bidang forensik entomologi & entomologi perubatan. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, penyelidikan, penulisan akademik dan servis makmal diagnostik berkaitan dengan entomologi forensik dan entomologi perubatan yang beliau pakar.

DR. ZULKARNAIN MD IDRIS

Dr. Zulkarnain Md Idris merupakan seorang pensyarah kanan dan pakar parasitologi di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM. Beliau merupakan graduan PhD dari Department of Microbiology, Tumor and Cell Biology (MTC) di Karolinska Institutet in Stockholm, Sweden (2012-2017). Penyelidikan PhD beliau telah menerima beberapa penganugerahan termasuklah penerima tunggal bagi anugerah World Infection Fund (Världsinfektionsfonden, Vif) daripada Swedish Initiative pada tahun 2014 atas sumbangannya dalam usaha dan kaedah memerangi jangkitan penyakit di negara membangun. Sebagai penerima ASEAN Science and Technology Innovation Fund (ASTIF) daripada Sekrateriat ASEAN Secretariat, beliau kini giat menjalankan penyelidikan untuk mengesan potensi dan risiko jangkitan malaria zoonotik, Plasmodium knowlesi yang tidak bersimptom (asymptomatic) di Semenanjung Malaysia, transmisi malaria dan penyelidikan molekular di Asia Tenggara serta penyelidikan ke atas food-borne trematode, infeksi Opisthorchis viverrini di kawasan sub-Mekong, Thailand.

DR. WATHIQAH WAHID

Dr. Wathiqah Wahid telah merupakan graduan Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) dari Universiti Malaya, Malaysia. Selepas beberapa tahun menjalani servis klinikal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau terinspirasi untuk menyambung kerjayanya dalam bidang akademik. Beliau terpanggil untuk menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyambung pelajaran dalam bidang Master of Medical Sciences pengkhususan Parasitology di mana kajian penyelidikan beliau bertumpu kepada infeksi parasit di paru-paru. Kini beliau merupakan pensyarah di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM dan komited untuk menyambung lagi pelajarannya. Penyelidikan beliau bertumpu di dalam bidang klinikal parasitologi dan entomologi perubatan. Selain itu, beliau juga berminat untuk meneroka penyelidikan dengan pendekatan One Health.