Pameran Kesihatan Bersempena Karnival Kesihatan Masyarakat Orang Asli

Oleh: Nur Athirah Ahmad Fahmi

NEGERI SEMBILAN, 20 MEI 2023 – Satu Karnival Kesihatan Masyarakat Orang Asli dengan tema “Menuju Kesejahteraan Keluarga Madani: Hargailah Kesihatan Anda” telah diadakan pada 20 Mei 2023 yang menyasarkan kehadiran para pengunjung dari kawasan Orang Asli Kampung Kedat, Negeri Sembilan.

Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan telah dijemput bagi memeriahkan aktiviti pameran. Antara bahan pameran yang dipamerkan adalah poster-poster kesihatan, model-model replika arthropod seperti pepijat (Cimex sp.) dan kutu kepala (Pediculus humanus), spesimen helminth seperti cacing pita (Taenia sp.) dan cacing gelang (Ascaris lumbricoides), serta demonstrasi slaid dibawah mikroskop. 

Objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengunjung tentang pencegahan dan kawalan daripada jangkitan parasit dan serangga yang berbahaya.

Karnival yang bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang ini bukan sahaja menarik orang ramai untuk berkunjung ke booth pameran malah memberi pengetahuan dan informasi baru kepada para pengunjung.