Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

LATAR BELAKANG JABATAN

PENGENALAN

Jabatan ini menempatkan 7 orang kakitangan akademik, seorang pegawai penyelidik, 7 orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), seorang Pembantu Setiausaha Pejabat, seorang Pembantu Tadbir dan 2 orang Pembantu Operasi. Aktiviti pengajaran dan penyelidikan di jabatan ini dilaksanakan di bawah tujuh makmal yang diselia oleh para pensyarah. Makmal-makmal tersebut adalah Makmal Penyelidikan Komuniti, Makmal Genomik, Makmal Proteomik, Makmal Parasitologi Klinikal, Makmal Entomologi, Makmal Insekterium dan Makmal Kultur.

Jabatan ini terlibat secara aktif dalam pengajaran dan penyeliaan para pelajar dalam pelbagai tahap pengajian iaitu Diploma, Ijazah Doktor Perubatan, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Aktiviti penyelidikan jabatan tertumpu kepada bidang-bidang yang relevan dengan infeksi parasit di Malaysia seperti malaria, toksoplasmosis, trikomoniasis, mikrosporidiosis, protozoa usus, cacing tularan tanah, entomologi forensik, vektor penyakit dan sebagainya.

The department is actively involved in the teaching and supervision of students in various levels of study, such as Diploma, Doctor of Medicine, Master’s Degree and Doctor of Philosophy. The department’s research activities focus on areas relevant to parasitic infections in Malaysia such as malaria, toxoplasmosis, trichomoniasis, microsporidiosis, intestinal protozoa, worms, forensic entomology, disease vectors and others.7

VISI

Untuk menjadi jabatan yang disegani dalam bidang Parasitologi dan Entomologi Perubatan.

MISI

Untuk membantu negara mencapai taraf kesihatan optimum untuk semua dengan memainkan peranan sebagai penyampai, pengamal dan penjana ilmu dalam bidang Parasitologi dan Entomologi Perubatan untuk menghasilkan tenaga profesion kesihatan yang berkaliber; meneroka penyelidikan pelbagai yang inovatif sambil memantapkan yang bersifat asas, serta menyumbang khidmat diagnostik yang berkualiti.