Bengkel “Basic Laboratory Diagnosis of Intestinal Parasites Workshop 2023”
Oleh: Nur Athirah Ahmad Fahmi
KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan telah menganjurkan satu Bengkel “Basic Laboratory Diagnosis of Intestinal Parasites Workshop 2023”. Bengkel yang diadakan pada 23 – 25 Mei 2023 ini bertempat di Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM.
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini merangkumi sesi kuliah bersama pensyarah bertauliah jabatan, sesi pemerhatian slaid dibawah mikroskop, sesi demonstrasi dan “hands-on” teknik-teknik makmal seperti apusan langsung dan pewarnaan kekal. Di akhir bengkel, sesi penilaian dijalankan bersama para peserta untuk mengetahui tahap keefisyenan bengkel yang dijalankan.
Seramai 28 orang peserta daripada pelbagai latar belakang dan institusi terlibat di dalam bengkel ini. Penyertaan peserta dalam bengkel ini dapat memberi pendedahan tentang morfologi parasit usus, teknik makmal dan teknik pewarnaan parasit.
Diharap semoga bengkel ini memberi manfaat dan pengetahuan kepada para peserta.